Assalamualaikum... 15/12/2013-15/12/2014.. Bayi pramatang 34minggu dengan berat 2.33kg,sekarang dah berusia setahun dengan berat 4.13kg, Aisy Anaqi nama diberi... Masih segar dalam ingatan detik2 kelahiran kamu anakandaku.. Kelahiran awal yang tidak diduga & ciptaan yang tidak disangka2.. Tak pernah ibu duga Allah memilih ibu sebagai penjaga anak Syurga ini,alhamdulillah ibu redha memiliki kamu.. Maaf sayang kerana diawal kelahiranmu ibu sambut dengan tangisan,tapi kini ibu sangat berbahagia kerana mengandungkan,melahirkan & memiliki kamu anakanda.. Terima kasih sayang,kehadiranmu mengajar ibu erti kehidupan,kehadiranmu membawa seribu cahaya kebahagiaan. Meskipun pembesaran kamu tidak sama seperti kanak2 normal yang lain tapi setiap perkembangan kamu terlalu bermakna buat ibu. Kamu anak yang cerdik & baik. Semoga kamu sentiasa sihat & gembira disepanjang hayat kamu... Selamat hari lahir anakandaku Aisy Anaqi..
6 comments:
anaqi baby yg kuat yeahhh
Sangat2 kuat aunty.. :-) tq aunty
happy besday anaqi.... semoga jadi anak yang kuat....
Tqtq aunty... Pasti! InshaaAllah.. :)
Happy bday anaqi... Anaqi anak yang kuat... Muaahhss cute sangat
Tq aunty syima.. Kena kuat sb kita nak jaga ibu ayah bila da besar nt.. Muahh2
Post a Comment