Wednesday 17 December 2014

Pasti ada hikmahnya..

Kadangkala aku terfikir.. Macamanalah aku boleh lalui semua ni? Ehh..tak sangka yang sebenarnya aku sedang melaluinya & aku berjaya melaluinya.. Siapalah yang mahukan kehidupan yang sentiasa diuji dengan kesakitan & tangisan.. Siapalah yang mahu kehidupan yang penuh dengan dugaan.. Tapi,siapalah kita untuk menidakkan ketentuanNya.. Siapalah kita untuk mengubah takdirNya.. Siapalah kita yang boleh merancang lebih baik dari rencanaNya.. Dusta jika aku kata aku ni sangat kuat.. Dusta jika aku kata aku tak menangis.. Dusta jika aku kata aku tak rasa putus asa.. Tapi,dusta apakah lagi perlu aku lakukan untuk aku sembunyi & tahan segala kesedihan & kesakitan..  Sesungguhnya aku jua manusia biasa seperti kalian. Manusia biasa yang kadangkala hatinya goyah,mudah terusik hati & imannya.. Si syaitan yang sentiasa menggoda agar aku jadi manusia lemah,jadi isteri derhaka & jadi ibu yang kejam.. Apalah guna untuk aku mengeluh atas setiap dugaan yang Dia beri sedangkan Dia tak pernah mengeluh beri aku rezeki yang tak pernah putus, Dia tak pernah mengeluh bila aku lalai beribadah kepadaNya, Dia tak pernah mengeluh bila Dia dengar setiap keluhan aku & Dia tak pernah mengeluh untuk makbulkan setiap permintaanku.. Allah sentiasa ada untuk aku & hamba2nya tapi hamba2nya yang selalu alpa.. SubhanaAllah... Kerana kita manusia biasa,kita bukan sempurna.. Segala dugaan yang Dia timpakan pada kita ada hikmahnya,ada sebabnya.. Mungkin Dia nak kita dekatkan lagi diri padaNya, mungkin dia beri pengajaran pada kita atau mungkin sebagai balasan atas dosa2 kita... Husnuzon.. Setiap kali aku rasa susah & sempitnya hidup aku ni, aku bangkit & aku lihat sekeliling,lihat keadaan orang lain yang hidupnya lagi susah daripada kita.. Dari situ aku muhasabah diri sendiri.. Bersyukur dengan apa yang aku miliki sekarang.. Alhamdulillah.. Kerana inilah aku tabah hadapi setiap dugaan yang Dia beri.. Bila kita ikhlas kerana Allah maka Allah permudahkan segala urusan kita.. Percayalah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. Kun FaYakun.. Jadi maka jadilah ia, setiap yang berlaku Adalah atas kehendakNya.. Tiada siapa mahupun apa yang dapat menghalangnya cuma cepat ataupun lambat ianya berlaku.. Allahuakhbar!!!

No comments:


Designed by UMIESUEstudio 2014 : Ibu Aisy Rizqullah