Wednesday 17 December 2014

Kisah keluarga kecil kami

Kisah kehidupan kami...
Assalamualaikum w.b.t.. Nama aku Noor Rabi Atul Adawiyah (24thn) lebih disenangi dengan panggilan Adda, Isteri kepada Hasnizam(Ijam,33) & ibu kepada 2org putera iaitu Aisy Rizqullah(Aisy,2thn 6bln) & Aisy Anaqi(Anaqi,1thn). Kami diijabkabulkan pada 8/4/2011. Aku melahirkan anak sulung pada 22/5/2012 & anak kedua pada 15/12/2013. Anak kedua kami adalah anak Syurga yang teristimewa, Aisy Anaqi penghidap Sindrom Down & Ventricular Septal Defect(VSD) 1.33mm. Kehadiran Aisy Anaqi banyak mengubah kehidupan kami dari pelbagai segi namun Alhamdulillah segala urusan kami menguruskan anak syurga ini dipermudahkan. Pada 12/5/2014 suamiku mengalami kemalangan jalanraya ketika dia ingin menuju ke tempat kerja,pada luaran kecederaannya tidak nampak begitu teruk namun kemalangan ini meninggalkan kesan seumur hidup. Dia kehilangan kaki kanan sehingga atas paras lutut. Segalanya berlaku kerana kelewatan pihak hospital,kakinya dapat diselamatkan jika pembedahan dilakukan sebelum 6jam selepas kejadian namun kerana kelewatan maka keputusan dari pihak pakar mengatakan kakinya mesti dipotong demi untuk menyelamatkan nyawa. Dia admit di HKL 12/5/2014 & transfer semula ke HTAR 21/5/2014 sehingga 26/5/2014. Sesungguhnya dia mengambil masa yang lama untuk stabilkan semula emosinya & saya banyak kena mengalah demi menjaga hatinya. Tetapi dia memang lelaki yang sangat kuat,dia berusaha keras untuk kembali seperti dia yang dulu. Melihat dia kembali tersenyum memang sangat2 aku nanti2kan. Sejak dia kehilangan upaya,aku belajar untuk berdikari dalam menjalani rutin harian. Alhamdulillah rezeki sentiasa ada untuk keluarga... Sekali lagi kehidupan kami diuji apabila anak Syurga kami Aisy Anaqi jatuh sakit pada 24/7/2014,jangkitan kuman diparu-paru(Pneumonia). Keadaannya sangat kritikal,anggota badan dipenuhi wayar & alat bantuan pernafasan. Pertama kali aku mengalami situasi ini,ketika itu rasa sangat2 seksa. Sebulan dia dihospital,sepanjang Ramadhan kami jadi penghuni ICU sehingga 22/8/2014 barulah dia dibenarkan discaj. Namun kejadian yang sama berulang pada 14/11/2014,dia sakit kembali,jangkitan kuman juga. 6ari ditahan wad tapi oleh kerana ini kali kedua jadi aku boleh tenang menghadapi situasi ini,19/11/2014 dia discaj. Tetapi selepas seminggu dia sakit kembali,27/11/2014 hingga 30/11/2014 kami menghuni di wad HTAR. Alhamdulillah hingga kini Aisy Anaqi sihat2 walaupun ada kala suhunya naik sedikit,aku sangat alert dengan keadaan dia.. Setiap bulan aku berulang alik ke hospital menemani suami & anak untuk temujanji hospital seperti rehabilitasi,ortopedik,fisioterapi,terapi carakerja,Paediatrik,Eye assessment,Earing assessment. Inilah sedikit sebanyak tentang kehidupan kami. Alhamdulillah segala urusan kami sentiasa dipermudahkan. Rezeki kami sekeluarga tidak pernah putus,sumbangan dari insan2 yang prihatin dengan keluarga kami. Doa & sokongan dari rakan2 didunia realiti mahupun alam maya sentiasa ada.. Segala ujian yang menimpa membuatkan kami menjadi semakin kuat,tabah & sabar. Dugaan itu bukan penghalang kami untuk hidup bahagia & berjaya.. Ianya bukan pengakhir hidup kami. Ia membuat kami lebih saling menyayangi & dekat pada Allah. Kami yakin pada qada & qadar. Dugaan yang hebat untuk insan yang hebat. Terima kasih Allah kerana memilih kami untuk diuji.

17 comments:

mummy said...

Salam perkenalan puan..semoga puan sekeluarga sentiasa dirahmati Allah swt...

Unknown said...

Wasalam.. Salam perkenalan... InshaaAllah..aamiin.. Terima kasih :)

istadiniey said...

salam..hai adda..rasanya sangat bertuah dpt mengenali adda, walaupun sekadar di alam maya..Adda dan family memberi inspirasi dan kesedaran pada akak spya sentiasa bersyukur..:)

Unknown said...

Wasalam. Hai kak.. Alhamdulillah syukur.. Sekadar bkongsi kisah Hidup..moga2 dapat inspire org lain.. Terima kasih kak :-)

nur arlia said...

ehem2..mcm knai jaa.....

nur arlia said...

ADDA!!!! baru tao... husband kita umur same la... 33 tahun... tp akak je umor lbih setaun darik adda,,,kih3.. 25...

Ibufirash said...

Semoga kalian tabah ye. Setiap kali diuji, ingatlah... Allah memberi perhatian lebih pada kita, Kita insan terpilih. Saya ingatkan diri sendiri juga.

Unknown said...

Eh eh...hihi... Mama Suha... Umur hanya pada nombor..kikiki

Unknown said...

InshaaAllah sis... Ade hikmahnya disetiap ujian Allah ni... Alhamdulillah..tq sis

MOMMYLIN said...

Semoga tabah Adda... awak memang insan terpilih... =) salam kenal dari saya Allene

Jemput singgah sini typical mommy

Unknown said...

InshaaAllah Allene.. Alhamdulillah.. Salam ukhwah :)

Liyana said...

Semoga terus kuat ya :) mesti ada sebab kenapa Allah pilih awk utk dugaan sebegini. Salam kenal :)

Unknown said...

Pasti ada hikmahnya... InshaaAllah.. Terima kasih.. Salam perkenalan :-)

ameris said...

adda, semoga kuat dan tabah demi suami dan ank2. akk doakan semoga keadaan kembali pulih.

Unknown said...

Sy mesti kuat kak demi mereka.. InshaaAllah..terima kasih kak ;-)

Syima Syaz said...

Hug adda....

Unknown said...

Terima kasih sis syima :')


Designed by UMIESUEstudio 2014 : Ibu Aisy Rizqullah