Wednesday 27 May 2015

Dulu.. Kini..

Dulu..hati ni meratapi kehadirannya.. Ya,hati ibu mana yang tidak sedih bila anak yang dikandungkan selama 34minggu disahkan penghidap Down syndrome.. Ketika dia lahirkan pra matang aku memujuk hati  "tak apa tak cukup bulan pun nanti dia boleh besar juga",namun apabila doktor mengatakan dia miliki ciri2 Down syndrome terus hati ini berkata, "Kenapa jadi begitu? Kenapa anak Aku? Dimana silapnya? Kenapa??" Suami disisi memujuk,memberi kata-kata positive. SubhanaAllah,air mata aku mengalir tanpa henti,degupan jantung berdetak laju. Aku tak tahu nak menyalahkan siapa dan apa. Sejurus kelahiran dia,aku serasa tidak mahu memandang dan menyentuhnya,sedangkan dia lah yang aku dan suami nanti-nantikan selama ini. Aku tak mampu mengangkat wajah untuk menatapi wajahnya. Jururawat membawa aku ke dalam wad,dihulurnya bayi suci itu. Tanganku memegangnya longlai. Hadirnya sahabat Mycute Babyshop, Reiyn Noorazreen, Ajieiyla Zulhaila diketika itu. Mereka memberi semangat,memujuk hati aku. Tangisan gugur bersama. Ruang bilik menjadi hening sayu.

Hari berikutnya kami dibenarkan pulang,dia berkeadaan baik. Aku melalui hari2 berpantang dengan 1001 perasaan. Suami,keluarga dan kawan2 sentiasa memberi semangat kepada aku.
Alhamdulillah,dia anak yang baik,mudah menguruskannya. Meskipun hati aku masih lagi belum redha,namun setiap kali aku menyusukan dia,aku berdoa agar susu ini bermanfaat buat dia. Aku halalkan setiap titis susu ku yang mengalir dalam tubuhnya. Setiap kali aku mendakapnya aku Istighfar,aku berdoa meminta hati ini menerimanya,redha dengan ketentuanNya. Allahuakhbar,hati seorang ibu,dengan izin Allah. Aku semakin sayang pada dia. Setiap saat ingin aku kucup dan dakap erat tubuhnya yang kecil itu. Setiap detik rasa cinta dan sayang semakin bertambah pada dia.

Kini..wajah dia yang pertama ingin ku lihat pabila mata ini celik..bau harumnya yang ingin aku cium pabila hidung ini menghidu..suara kecilnya yang ingin aku dengar pabila telinga ini mendengar..tubuhnya yang molek yang ingin aku dakap pabila ingin menyentuh..senyuman dia yang ingin aku rasai pabila hati aku berduka.. Hanya dia..

Aisy Anaqi,anak Syurgaku,malaikat kecilku..

Dulu aku tak ingin kan dia.. Kini aku tak mahu kehilangan dia..tak mahu berpisah dengan dia..tak mahu melihat dia berduka..tak mahu melihat dia kesakitan..tak mahu melihat air matanya.. Aku mahu dia bahagia dunia akhirat.. Akan aku korbankan jiwa raga demi untuk mu anakku.

MasyaAllah,Terima kasih Allah,kerana meletakkan dia didalam rahimku. Memilih aku dan suami sebagai ibubapa nya. Alhamdulillah syukur Ya Allah.


1 comment:

irenedahayu said...

comeynya aisy...sejuka mata memandang...


Designed by UMIESUEstudio 2014 : Ibu Aisy Rizqullah