Wednesday 31 December 2014

Penutup 2014

Pantasnya masa berlalu 31 Disember 2014, jam 4.25pm, Alhamdulillah hampir penutup tahun 2014.. Segala yang berlaku ditahun 2014 dijadikan sebagai pengalaman terindah. Terlalu banyak suka duka pada tahun ini,kami simpan erat dalam kamus hidup kami sekeluarga.. Segala dugaan pada tahun 2014 menjadikan kami sekeluarga lebih kuat menghadapi tahun2 mendatang.. Pada ahli keluarga,saudara mara,sahabat andai & musuh ketat mohon maafkan segala salah silap kami sekeluarga.. Semoga keluarga kecil kami ini mendapat tempat dihati setiap masyarakat.. Terima kasih pada semua yang telah banyak memberi sokongan kepada keluarga kecil kami ini. Impian aku masih sama ingin menjadi individu,ibu & isteri yang terbaik pada keluarga,masyarakat didunia & akhirat. InshaaAllah ada rezeki kita bertemu lagi ditahun baru 2015. Semoga tahun baru memberi pengertian baru dalam kehidupan kita semua.. Jazakallah khair.. Assalamuaaikum 2015..


Sunday 21 December 2014

Babywearing

Babywearing Journey..

Mula join group Malaysian Babywearers (MBW) sejak ada anak sulung tapi masa tu hanya suka2 macam tu je,tak adalah addicted macam sekarang ni. Sejak join group ni aku belajar macam2 ilmu tentang babywearing.. Cara yang betul & selamat untuk kendong anak.. Group ni memang sangat2 merbahaya,korang akan termakan racun yang boleh buat korang ketagih dengan babywearing.. Design2 nya yang cantik2 buat korang tergila2.. Tapi apa2 pun kena fikir financial kita juga,ikut kemampuan sebab harganya juga agak mahal tapi ianya berbaloi dengan kualiti & ciri2 keselamatannya. Nyawa anak lebih bernilai dari wang ringgit..Tapi aku tak pernah lagi beli atas sebab2 tertentu. Ringsling(RS) ni kendong pertama yang aku miliki,rezeki untuk anak Syurgaku Aisy Anaqi dari rakan alam maya(FB) kak Sue,seterusnya dapat Boba Air ROAK dari group MBW Puan Linda. Terbaru semalam kak Min dr group MBW beri pinjam wrap jumpsac & bagi peluang pakai SSC sekejap.. Mula2 hanya jatuh cinta pada SSC sebab senang nak pakai tapi lepas cuba wrap,terus jatuh cinta dengan wrap. Rupa2nya senang je nak lilit2 wrap ni.. Memang dah teracun dengan wrap,best je lilit2.. Kendong baby juga dapat close kan lagi relationship antara parents dengan anak,setiap masa boleh cium anak,anak juga rasa selamat & selesa dalam dakapan kita.. Pada ibu2 yang nak kendong baby,bolehlah join group MBW sebab disitu anda dapat belajar cara nak kendong baby dengan betul & selamat.. Happy babywearing!


Saturday 20 December 2014

Throwback

Teringat sudah 7bulan berlalu... Allah masih beri kita peluang untuk bersama,untuk perbetulkan diri masing2,untuk sama2 besarkan Aisy & Anaqi.. Alhamdulillah..terima kasih Allah..


Nobody perfect

Assalamualaikum w.b.t.

Bukan senang nak jadi terbaik dikalangan manusia.. Tak semua orang suka kita.. Kadang2 orang cakap 'okey,tak apa' tapi hakikatnya mungkin hanya untuk menjaga hati kita.. Hati manusia ni sukar untuk dipuaskan.. Kadang2 dah sehabis baik kita cuba jaga hati dia tapi masih tetap tak berpuas hati.. Ada saja yang tak kena dipandangan mata dia.. Buat baik pun susah,buat jahat lagilah salah.. Buat baik katanya tunjuk alim,buat jahat katanya menyetan.. Tak boleh tengok orang lain lebih sikit,pasti ada yang tidak senang duduk,dia pun mahukan lebih juga.. Orang kaya dikatanya menunjuk2,orang miskin dikatanya tak mahu berusaha,orang hidup sederhana dikatanya tak mahu menaikkan taraf hidup. Manusia mana pernah puas,mana pernah cukup.. Situasi begini bukan hanya terjadi dalam politik malahan dikalangan masyarakat biasa.. Apa2pun berbalik pada diri kita sendiri,asalkan kelakuan kita tak usik kehidupan orang lain & tak menjatuhkan maruah sesiapa.. Kalau ada yang tidak senang dengan kita,itu adalah hak mereka.. Semua orang ada hak untuk menyuarakan pendapat mereka,tiada siapa boleh menafikan hak tersebut. Sebab tu ada pepatah mengatakan 'berbuat baik berpada2,berbuat jahat jangan sekali'.. Kita takkan dapat puaskan hati semua orang kerana kita bukanlah manusia yang sempurna,'nobody perfect'.. Sentiasalah berfikiran positif meskipun disekeliling kita diselubungi aura negatif.. Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w. menyebarkan dakwah islam itu sering dihina & difitnah namun Rasulullah masih yakin meneruskan dakwahnya,inikan pula kita manusia biasa.. Husnuzon.. Sentiasalah bersangka baik dengan apapun keadaan.. InshaaAllah... Jazakallah khair.. Assalamualaikum w.b.t


Thursday 18 December 2014

Anak Syurga,Aisy Anaqi

Aisy Anaqi berusia 1tahun. Bayi pramatang 34minggu. Dari raut wajah comelnya ramai yang tidak percaya jika saya mengatakan dia adalah penghidap Down Syndrome & jantung berlubang(VSD). Walaupun usianya susah setahun tapi susuk tubuhnya kelihatan seperti bayi baru lahir,beratnya hanya 4.5kg. Dia mempunyai masalah kekurangan berat badan. Perkembangan dia juga yang agak lewat,diketika setahun ini dia hanya pandai meniarap,berguling2 sedangkan kanak2 lain seusianya sudah pandai berjalan. Antibodi nya yang lemah menyebabkan dia mudah dijangkiti penyakit. Bagaimanapun Aisy Anaqi memang anak yang kuat sentiasa berusaha melawan kesakitan. Sentiasa berusaha untuk berkembang seperti kanak2 lain. Dia sememangnya anak yang baik,tidak banyak ragamnya,meskipun ketika sedang sakit. Anak Syurga ini terlalu murah dengan senyuman manisnya,dia sentiasa membuat sesiapapun yang memandangnya jatuh sayang terhadapnya.. Hari2nya sentiasa dipenuhi dengan kasih sayang & kegembiraan dari insan2 sekelilingnya.. Kehadiran dia banyak mengubah kehidupan keluarganya & banyak memberi hikmahnya.. Sesungguhnya, pengertian namanya memang sepadan dengan keperibadiannya. Aisy Anaqi-kehidupanku keindahanku.. Kamu terlalu indah wahai anak syurgaku..

Wednesday 17 December 2014

Pasti ada hikmahnya..

Kadangkala aku terfikir.. Macamanalah aku boleh lalui semua ni? Ehh..tak sangka yang sebenarnya aku sedang melaluinya & aku berjaya melaluinya.. Siapalah yang mahukan kehidupan yang sentiasa diuji dengan kesakitan & tangisan.. Siapalah yang mahu kehidupan yang penuh dengan dugaan.. Tapi,siapalah kita untuk menidakkan ketentuanNya.. Siapalah kita untuk mengubah takdirNya.. Siapalah kita yang boleh merancang lebih baik dari rencanaNya.. Dusta jika aku kata aku ni sangat kuat.. Dusta jika aku kata aku tak menangis.. Dusta jika aku kata aku tak rasa putus asa.. Tapi,dusta apakah lagi perlu aku lakukan untuk aku sembunyi & tahan segala kesedihan & kesakitan..  Sesungguhnya aku jua manusia biasa seperti kalian. Manusia biasa yang kadangkala hatinya goyah,mudah terusik hati & imannya.. Si syaitan yang sentiasa menggoda agar aku jadi manusia lemah,jadi isteri derhaka & jadi ibu yang kejam.. Apalah guna untuk aku mengeluh atas setiap dugaan yang Dia beri sedangkan Dia tak pernah mengeluh beri aku rezeki yang tak pernah putus, Dia tak pernah mengeluh bila aku lalai beribadah kepadaNya, Dia tak pernah mengeluh bila Dia dengar setiap keluhan aku & Dia tak pernah mengeluh untuk makbulkan setiap permintaanku.. Allah sentiasa ada untuk aku & hamba2nya tapi hamba2nya yang selalu alpa.. SubhanaAllah... Kerana kita manusia biasa,kita bukan sempurna.. Segala dugaan yang Dia timpakan pada kita ada hikmahnya,ada sebabnya.. Mungkin Dia nak kita dekatkan lagi diri padaNya, mungkin dia beri pengajaran pada kita atau mungkin sebagai balasan atas dosa2 kita... Husnuzon.. Setiap kali aku rasa susah & sempitnya hidup aku ni, aku bangkit & aku lihat sekeliling,lihat keadaan orang lain yang hidupnya lagi susah daripada kita.. Dari situ aku muhasabah diri sendiri.. Bersyukur dengan apa yang aku miliki sekarang.. Alhamdulillah.. Kerana inilah aku tabah hadapi setiap dugaan yang Dia beri.. Bila kita ikhlas kerana Allah maka Allah permudahkan segala urusan kita.. Percayalah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. Kun FaYakun.. Jadi maka jadilah ia, setiap yang berlaku Adalah atas kehendakNya.. Tiada siapa mahupun apa yang dapat menghalangnya cuma cepat ataupun lambat ianya berlaku.. Allahuakhbar!!!

Kisah keluarga kecil kami

Kisah kehidupan kami...
Assalamualaikum w.b.t.. Nama aku Noor Rabi Atul Adawiyah (24thn) lebih disenangi dengan panggilan Adda, Isteri kepada Hasnizam(Ijam,33) & ibu kepada 2org putera iaitu Aisy Rizqullah(Aisy,2thn 6bln) & Aisy Anaqi(Anaqi,1thn). Kami diijabkabulkan pada 8/4/2011. Aku melahirkan anak sulung pada 22/5/2012 & anak kedua pada 15/12/2013. Anak kedua kami adalah anak Syurga yang teristimewa, Aisy Anaqi penghidap Sindrom Down & Ventricular Septal Defect(VSD) 1.33mm. Kehadiran Aisy Anaqi banyak mengubah kehidupan kami dari pelbagai segi namun Alhamdulillah segala urusan kami menguruskan anak syurga ini dipermudahkan. Pada 12/5/2014 suamiku mengalami kemalangan jalanraya ketika dia ingin menuju ke tempat kerja,pada luaran kecederaannya tidak nampak begitu teruk namun kemalangan ini meninggalkan kesan seumur hidup. Dia kehilangan kaki kanan sehingga atas paras lutut. Segalanya berlaku kerana kelewatan pihak hospital,kakinya dapat diselamatkan jika pembedahan dilakukan sebelum 6jam selepas kejadian namun kerana kelewatan maka keputusan dari pihak pakar mengatakan kakinya mesti dipotong demi untuk menyelamatkan nyawa. Dia admit di HKL 12/5/2014 & transfer semula ke HTAR 21/5/2014 sehingga 26/5/2014. Sesungguhnya dia mengambil masa yang lama untuk stabilkan semula emosinya & saya banyak kena mengalah demi menjaga hatinya. Tetapi dia memang lelaki yang sangat kuat,dia berusaha keras untuk kembali seperti dia yang dulu. Melihat dia kembali tersenyum memang sangat2 aku nanti2kan. Sejak dia kehilangan upaya,aku belajar untuk berdikari dalam menjalani rutin harian. Alhamdulillah rezeki sentiasa ada untuk keluarga... Sekali lagi kehidupan kami diuji apabila anak Syurga kami Aisy Anaqi jatuh sakit pada 24/7/2014,jangkitan kuman diparu-paru(Pneumonia). Keadaannya sangat kritikal,anggota badan dipenuhi wayar & alat bantuan pernafasan. Pertama kali aku mengalami situasi ini,ketika itu rasa sangat2 seksa. Sebulan dia dihospital,sepanjang Ramadhan kami jadi penghuni ICU sehingga 22/8/2014 barulah dia dibenarkan discaj. Namun kejadian yang sama berulang pada 14/11/2014,dia sakit kembali,jangkitan kuman juga. 6ari ditahan wad tapi oleh kerana ini kali kedua jadi aku boleh tenang menghadapi situasi ini,19/11/2014 dia discaj. Tetapi selepas seminggu dia sakit kembali,27/11/2014 hingga 30/11/2014 kami menghuni di wad HTAR. Alhamdulillah hingga kini Aisy Anaqi sihat2 walaupun ada kala suhunya naik sedikit,aku sangat alert dengan keadaan dia.. Setiap bulan aku berulang alik ke hospital menemani suami & anak untuk temujanji hospital seperti rehabilitasi,ortopedik,fisioterapi,terapi carakerja,Paediatrik,Eye assessment,Earing assessment. Inilah sedikit sebanyak tentang kehidupan kami. Alhamdulillah segala urusan kami sentiasa dipermudahkan. Rezeki kami sekeluarga tidak pernah putus,sumbangan dari insan2 yang prihatin dengan keluarga kami. Doa & sokongan dari rakan2 didunia realiti mahupun alam maya sentiasa ada.. Segala ujian yang menimpa membuatkan kami menjadi semakin kuat,tabah & sabar. Dugaan itu bukan penghalang kami untuk hidup bahagia & berjaya.. Ianya bukan pengakhir hidup kami. Ia membuat kami lebih saling menyayangi & dekat pada Allah. Kami yakin pada qada & qadar. Dugaan yang hebat untuk insan yang hebat. Terima kasih Allah kerana memilih kami untuk diuji.

Tuesday 16 December 2014

Kerja sales

Sejak kerja bahagian sales,dari bujang sampai sekarang setiap tahun Annual Leave aku burn camtu je,tak boleh carry forward... Off day sebulan 4x pun aku tak ambil... Ambil cuti pun bila betul2 terpaksa kena cuti... Kalau dikumpul2 boleh ambil cuti untuk setahun dua rasanya... Pergi kerja pagi,balik malam,kadang2 je balik petang... Shift pagi balik 4.30pm tapi pukul 9pm baru balik kadang2 full sampai 1030pm, Shift petang masuk 3.30pm tapi sebelum pukul 12 masuk outlet.. Temujanji hospital suami & Anaqi semua ambil pagi,lepas tu bergegas masuk kerja,malam baru balik... Boleh dikira berapa kali masuk kerja lewat & balik kerja awal... Tak sihat pun masih bekerja.. Masa untuk family sangat2 limited.. Macam ini lah kalau kerja bahagian sales,selagi tak cukup target,selagi itulah push habis2an.. Bila dah cukup target,push lagi untuk dapat pendapatan lebih... Dan push lagi untuk bulan berikutnya pula.. Alhamdulillah rezeki tak pernah putus,sentiasa ada untuk family.. Kena kerja lebih keras sejak suami kemalangan. Tapi semuanya membuat aku lebih rajin bekerja. Tak pernah pun rasa penat..tak pernah pun mengeluh.. Ikhlas demi suami & anak2.. Setiap pagi sebelum pergi kerja cium anak2 minta mereka doakan aku dapat rezeki lebih,kalau sehari tak dapat sales,balik rumah minta maaf dengan anak2.. Aku  gembira dapat penuhi semua keperluan & kehendak anak2.. Aku harap suatu masa nanti aku dapat berhenti kerja supaya boleh fokus 100% pada family,kalau tak dapat berhenti tapi dapat kerja yang boleh luang lebih masa dengan family pun dah bersyukur sangat.. InshaaAllah.. Apa2pun aku bahagia dapat berbakti untuk keluarga tercinta.. Aku yakin rezeki Allah ada dimana2 yang penting hati mesti ikhlas & jangan lupa jaga hubungan dengan Allah..

Selamat ulang tahun anak syurgaku

Assalamualaikum... 15/12/2013-15/12/2014.. Bayi pramatang 34minggu dengan berat 2.33kg,sekarang dah berusia setahun dengan berat 4.13kg, Aisy Anaqi nama diberi... Masih segar dalam ingatan detik2 kelahiran kamu anakandaku.. Kelahiran awal yang tidak diduga & ciptaan yang tidak disangka2.. Tak pernah ibu duga Allah memilih ibu sebagai penjaga anak Syurga ini,alhamdulillah ibu redha memiliki kamu.. Maaf sayang kerana diawal kelahiranmu ibu sambut dengan tangisan,tapi kini ibu sangat berbahagia kerana mengandungkan,melahirkan & memiliki kamu anakanda.. Terima kasih sayang,kehadiranmu mengajar ibu erti kehidupan,kehadiranmu membawa seribu cahaya kebahagiaan. Meskipun pembesaran kamu tidak sama seperti kanak2 normal yang lain tapi setiap perkembangan kamu terlalu bermakna buat ibu. Kamu anak yang cerdik & baik. Semoga kamu sentiasa sihat & gembira disepanjang hayat kamu... Selamat hari lahir anakandaku Aisy Anaqi..

Imbas kembali

Jangkaan bersalin 22/01/2014 tapi 15/12/2013 hari Ahad, jam 7pagi ibu telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 2.33kg,ukuran panjang 44.5cm. Sewaktu proses itu ayah menemani ibu disisi,Proses kelahiran yang sangat mudah tanpa sebarang suntikan,tanpa episiotomi,tanpa perlu meneran kamu keluar dengan sendiri.. Alhamdulillah kamu selamat dilahirkan sayang.. Terus hati ibu berkata,'Alhamdulillah Aisy Anaqi ku telah selamat aku lahirkan'.. Nama ni telah ibu sediakan dari awal ibu tahu ibu mengandungkan kamu... Jam 7.05pagi doktor yang menyambut kelahiran kamu memberitahu,'Puan,maaf anak puan miliki ciri2 sindrom down'... Ya ibu masih ingat nama doktor tu,Doktor Aziah.. Buat seketika jantung ibu berhenti berdegup,muka ini bagaikan ditampar.. Ibu genggam erat tangan ayah waktu itu,pohon kekuatan.. Ayah cakap,' sabar sayang,yang penting dia sihat & selamat'.. Air mata mengalir laju tanpa dipinta.. Ibu lihat ayah mengazankan kamu,ibu lihat susuk tubuh kamu yang kerdil.. Jururawat meletakkan kamu didakapan ibu tapi ibu mendakapmu dengan rasa kekesalan,berjujuran airmata ibu jatuh diwajah kamu. Terselit rasa benci terhadap kamu ketika itu.. SubhanaAllah.. Puas ibu pujuk hati ini untuk redha... Dalam pantang,ibu tangisi keadaan kamu,menyesalkan kehadiran kamu,menyalahkan diri jua takdir Allah.. Ketika dalam pantang,kamu sangat baik langsung tidak meragam.. Hari2 sedih kian berlalu.. Hari demi hari dengan sokongan keluarga & kawan2 ibu mula belajar untuk terima dengan redha... MasyaAllah kuasa Allah,hati ibu mula menyayangi kamu,mula untuk menerima kamu seadanya.. Hinggakan ibu tak nak terpisah dari kamu walau sesaat.. Ibu sangat menyayangi kamu.. Disaat kamu berusia 6bulan kamu jatuh sakit,jangkitan kuman diparu2.. Hampir sebulan kamu di ICU,Ya Allah hati ibu ketika teramat sedih.. Hari2 ibu berharap agar kamu cepat sembuh,alhamdulillah ternyata kamu memang anak yang kuat.. 3bulan kemudian kamu jatuh sakit lagi,penyakit yang sama.. Dan kali ketiga kamu sakit lagi bln lepas.. Hospital bagaikan rumah persinggahan kita.. Sehabis boleh ibu nak elak dari kamu masuk wad lagi.. Bilamana suhu kamu jejak 37° pasti ibu lakukan pelbagai cara untuk turunkan suhu tu.. Ibu sentiasa lakukan yang terbaik untuk kamu.. Setiap perkembangan kamu seperti mengiring,berguling,senyum,mengangkat kepala,respons pada bunyi,pegang barang sangat2 bermakna bagi ibu biarpun sebenarnya perkembangan kamu agak lewat dari biasa.. Hari ni kamu sudah genap 1tahun,Selamat hari lahir sayangku.. Entah kenapa ibu rasa sebak diwaktu ini, ibu kesal atas tangisan ibu dulu,ibu kesal atas penerimaan kamu dulu... Maafkan ibu sayang... Kini dan selamanya ibu amat menyayangi kamu.. Kamulah permata dalam kehidupan ibu.. Selamat Hari Lahir Aisy Anaqi Bin Hasnizam

Kebahagiaan seorang ibu

Apa lagi yang membahagiakan hati seorang ibu melainkan melihat anak2nya bahagia.. Apa lagi yang seorang ibu inginkan melainkan melihat anak2nya berjaya dunia akhirat.. Apa lagi harta berharga seorang ibu melainkan anak2nya.. Apa lagi yang seorang ibu tak sanggup lakukan demi memenuhi kehendak anak2nya.. Apa2pun ibu lakukan adalah demi kamu wahai anak2ku..

Rindukan kendongan ayahnya

Si bujang yang merindui kendongan ayahnya.. Ringsling lah penyelesaiannya...

Anak-anakku

Aisy Rizqullah & Aisy Anaqi.. Sayang kamu berdua ketat2.. Tiada yang lebih bermakna selain kamu berdua.. Kasih sayang untuk kamu berdua takkan pernah kurang.. Semoga kalian menjadi anak yang soleh.. Aamiin..

InshaaAllah

Semalam dengar ceramah,ustaz tu cakap,'isteri yang baik adalah isteri yang akan sentiasa mendamaikan hati seorang suami tidak kira dalam apa jua keadaan sama ada tika susah mahupun senang'.. InshaaAllah..sayang akan sentiasa mendamaikan abang hingga akhir hayat ye.. Sehabis mampu saya akan membahagiakan & menjaga rumahtangga kita ni..

Ketika...

Ketika terpaksa menjadi kuat adalah pilihan terakhir maka kerana itulah aku mesti menjadi sekuat & setabah ini... Ketika kesakitan & kepayahan menjadi penghalang maka kerana itulah aku harus olahkan ia menjadi penguat semangatku... Ketika Allah memilih aku untuk diuji maka kerana itulah aku harus cekal untuk menghadapi segala ujianNya... Ketika saat aku masih bernyawa maka sehingga akhir hayat akan aku terus mempertahankan suami & anak2ku... Ketika detik terakhir aku melafaz kalimah syaadah maka diwaktu itu aku berbahagia kerana telah berjaya laksanakan tugas ku sebagai seorang isteri & ibu kepada mereka hingga nafas terakhir...

Salam Ukhwah

Aku ibu kepada anak syurga teristimewa... Aku isteri kepada suami yang kekurangan upaya.. Aku suka berkawan & aku sangat menghargai pada mereka yang ikhlas berkawan dengan aku tanpa peduli tentang keadaan anak & suamiku & masa silamku.. Kepada mereka yang pernah rapat dengan aku sebelum ni tapi oleh kerana kekhilafanku kalian menjauh,bermula ketika itu baru aku tahu sejauh mana keikhlasan kalian dalam persahabatan,pada kalian yang masih sudi teruskan persahabatan ini terima kasih tak terhingga.. Aku hanya manusia biasa yang kadangkala tak terlepas dari melakukan kesilapan.. Kepada mereka yang ingin berkawan dengan aku,aku harap kalian ikhlas mejalinkan ukhwah... Segala post tentang keluargaku ianya hanya sekadar untuk dijadikan iktibar & panduan semua orang,janganlah kehidupan kami sekeluarga kalian jadikan modal untuk kalian jual produk kalian... Aku sedar setiap kekurangan yang ada pada aku & keluargaku..  Terima kasih pada kawan yang telah pergi. Terima kasih pada yang masih kekal sebagai kawan. Terima kasih pada yang sudi add sebagai kawan. Terima kasih pada yang sudi accept sebagai kawan. Terima kasih kalian. Salam Ukhwah :-)

Kenangan terindah dalam perkahwinan kami

Hmmm... Teringat masa husband warded dulu..  Selepas operation dia tak boleh bangun,nak ke tandas pun tak boleh, jadi kena pakai mangkuk untuk buang air tapi dia tak nak sebab tak selesa. Aku bagi dia pilihan,guna pampers. Dia setuju tapi dia tanya habis nanti macamana nak cuci,aku cakap tak apa awak buat je dulu... Lepas dia siap,terus aku uruskan,aku bersihkan macam bersihkan baby poopoo... Dia malu,bila aku bersihkan dia macam tu... Dia menangis bila aku sanggup bersihkan dia buang air. Masa yang sama juga,aku tak sangka aku mampu buat macam tu... Sikit pun tak rasa apa2 masa tu... Aku cakap kat dia,'nanti kalau Syg sakit Abg pula jaga ye'.. Dia senyum & balas 'terima kasih Syg'... Kenangan paling indah dalam perkahwinan kami.. Terima kasih Allah..

Bersyukurlah

Kalau kau rasa kehidupan kau susah sekarang ni,cuba kau pandang kehidupan orang lain disekeliling kau yang lagi susah dari kau... Belajar menghargai erti sebuah kehidupan,nescaya kau akan sangat menyesal atas apa yang kau sungutkan selama ini. Kau akan rasa yang kau sangat bertuah kerana menjadi insan terpilih untuk diuji olehNya. Dugaan yang hebat hanya untuk insan yang hebat!!!

Gelagat ibubapa

Masa dekat hospital,setiap masa mata ni memerhatikan gelagat ibubapa yang sedang menjaga anak2. Ketika tu terus terfikir, time bersama anak2lah kita akan buat muka comel & kelakar. Macam2 memek muka ada.. Masam,juling,muncung,marah... Time dengan kawan2 kita akan control muka sehabis elok tapi bila dengan anak2 kita tak peduli pun asalkan anak2 ketawa gembira. Ajaibkan kuasa kegembiraan anak2 ni. Alhamdulillah diberi peluang untuk menjadi seorang ibu & merasai naluri keibuan

Anak istimewa juga manusia..makhluk Allah

Isu hangat harini tentang anak istimewa. Mereka yg memiliki anak normal minta anaknya diasingkan dari anak istimewa. Macamana bila Aisy Anaqi dah besar nanti,sekolah mana harus ibu hantar. Pelik kah anak syurga kami ini? Merbahayakah pada kalian semua yang normal? Mereka anak syurga yang punyai akal tapi tidak bisa berfikir dengan baik. Mereka perlukan insan yang normal untuk bimbing mereka. Mengapa mesti mencipta jurang penghalang antara anak normal & anak istimewa sedangkan mereka juga makhluk Allah.. Kalian yang tidak memiliki anak istimewa janganlah mudah menghina anak kami,siapa tahu jika suatu hari nanti Allah memberikan anak istimewa juga pada kalian. Kun faa Yakuun.. Kalian tidak dapat merasa apa yang kami rasai,maka dengan itu kalian semudahnya melontar kata2 berbaur penghinaan. Anak2 istimewa telah dijanjikan tempatnya disyurga,sedangkan kita yang normal ini masih belum pasti kemana akan ditempatkan,disyurga atau neraka. Berhati2lah dalam berkata2,jangan semudahnya melontar kata2 kelak binasa. Allahuakhbar!!!


Perancangan Allah yang terbaik

Bukan senang nak senang,bukan susah nak susah... aku dah usaha,dah capai pun tapi Allah dah cakap ni bukan rezeki aku maka Allah tarik ia dari aku. Bersyukurlah dgn apa yang ada. Bila kita redha dengan sesuatu kejadian,InshaaAllah kita akan rasa sangat tenang... Allah akan gantikan dengan yang lebih baik.. Percayalah.. Perancangan Dia lebih baik. Husnuzon.

Buat suami & anak2ku

Buat suamiku,
Abang..maafkan syg jika syg tak dapat jadi isteri yg terbaik utk abg.
Buat Anakku Aisy & Anaqi,
Anakku..maafkan ibu jika ibu tak mampu jadi ibu yg terbaik utk kamu berdua.
Tetapi ketahuilah,
Sesungguhnya ibu terlalu menyayangi kalian. Ibu sentiasa berusaha utk jadi yg terbaik utk kalian. Sesungguhnya ibu tak pernah lelah berkorban demi kalian. Tak pernah ibu mengeluh & mengadu krn kalian. Ibu kerah tulang 4kerat ini demi utk membahagiakan kalian. Ibu tahan segala kesakitan demi kesenangan kalian. Ibu tahan airmata dr menitis,ibu ukir senyuman demi melihat kalian terus gembira. Ibu pertahankan kalian ketika ada yg mencemuh. Ketika kalian tidur ibu tatap satu persatu wajah kesayangan ibu,ibu kucup dahi kalian dgn penuh kasih syg. Setiap saat ibu doakan kesejahteraan kalian. Ibu memohon agar Allah panjangkan umur ibu agar ibu dapat terus menjaga kalian. Abang,Aisy & Anaqi..ibu tak nak kehilangan kalian walau utk sesaat.. Kerana kalian adalah nyawa ibu. Abang,syg akan jadi pelengkap kekurangan abg. Aisy & Anaqi,ibu akan jd ibu yg terbaik buat kalian. Ini janji ibu pada kalian.
Semoga kita sama2 akan kesyurga jannah nanti. Aamiin!!!

Aisy pertahankan ayahnya

Cerita semalam,antara Aisy dengan sepupunya.
Aisy tengah main game dekat handphone ayahnya,datang sepupunya nak tengok.
Sepupu: Aisy buat apa? Nak tengok.
Aisy: Ahhh mane boyeh.
Sepupu: Ala..ayah aku pun ada handphone lah.
Aisy: Ayah aisy pun ada.
Sepupu: Ayah kau tak boleh jalan
Aisy: Eh boyeh lah.(Eh boleh lah)
Sepupu: Ayah kau tak ada kaki.
Aisy: Ayah ada ongkat.(Ayah ada tongkat)
Sepupu: Eee..ayah kau tak boleh jalan macam ayah aku.
Aisy: Ayah aisy boyeh ompat2 akai ongkat. Ayah boyeh ah!!!(Ayah aisy boleh lompat2 pakai tongkat. Ayah boleh ah)
Pandai Aisy pertahankan Ayahnya. Sebak rasa hati ni. :'(

Hati2 dalam berFacebook

Saya belajar sesuatu di FB hari ini. Jangan mudah meluah perasaan di laman sosial,sama ada di wall sendiri,private group or apa2 saja jenis laman sosial sebab kita tak tahu siapa yang sedang membaca status kita tu & mungkin seseorang itu akan screenshot status kita & sebarkan merata2 & meninggalkan kesan negatif. Berhati2 sebelum post sesuatu dilaman sosial.
#PeringatanUntukSemua

Luahan seorang suami & ayah

Semalam bersembang dengan suami.. Dia luah perasaan dia.. Dia kata dia sedih bila Aisy ajak naik motor tapi dia tak mampu nak lakukan,terpaksa Aisy merayu pada org lain utk bawa naik motor tp kadangkala tak ada siapa nak layan kehendak Aisy. Dia ckp dia tak salahkan org lain sb tak layan Aisy,dia salahkan diri sendiri sb kurang upaya. Dia kata dia sedih bila tak dpt tenangkan Aisy & Anaqi setiap kali mereka menangis minta didukung. Dia kata dia sedih bila melihat saya sibuk bekerja utk menanggung kos sekeluarga. Dia kata dia sedih bila melihat saya menguruskan anak2 tanpa bantuan dr dia. Dia kata dia sedih bila melihat saya kesana kemari utk bawa dia & Anaqi ke appoinment hospital. Dia kata dia sedih bila lihat org lain bebas bergerak. Dia kata dia sedih bila saya masih bersama dia lagi walau keadaan dia serba kekurangan. Dia kata,sayang jangan tinggalkan abang ye krn abang hanya ada sayang yg ikhlas mencintai abang dgn keadaan abang yg begini... Abang sayangkan sayang & anak2. Berjujuran air mata ini mengalir mendengar luahan dia..
#semogacintakamikekalkejannah

Jangan label anak sebagai nakal/degil

Walau macamana pun perangai anak2 kita tolong elak dari cakap anak2 kita NAKAL/DEGIL kerana kata2 itu adalah satu doa bila ia kerap diulang. Gunakanlah bahasa yg baik2 terhadap anak2. Bagi ibu bapa yang nak ubah perangai anak2,sila pastikan anda ubah perangai anda dulu. Didiklah anak2 dengan lemah lembut bukan kekerasan krn kekerasan tidak akan pernah berkesan keatas mereka sebaliknya meninggalkan impak negatif pada diri anak2.
#Peringatanuntukkitabersama

Kemanisan ujian Allah

Allah uji aku dengan memberi anak syurga.. Allah uji aku dengan memberi suami yg kurang fizikal.. Allah uji aku dengan memberi kesakitan pd anak.. Allah uji aku dengan memberi kesedihan & kedukaan.. Tapi Allah balas dengan rezeki yang tak pernah putus.. Allah balas dengan kesihatan anak yang semakin pulih.. Allah balas dengan rasa cinta & kasih sayang buat aku & suami.. Allah balas dengan pertemukan aku dengan insan2 berhati mulia.. Allah balas dengan senyuman yg sentiasa terukir dibibir aku.. Allah balas dengan kekuatan & ketabahan dlm diri aku.. Ya Allah Kau hanya uji aku sedikit saja tapi Kau balas dgn bermacam2 kebaikan.. Alhamdulillah.. Allahuakhbar!

Tragedi 12 May 2014.. Allah masih sayang

Pd 12/5/2014,Jam 7.40pg suami keluar pergi kerja dgn motor, Jam 7.50pg terima call drpd akak ipar mengatakan suami sy jatuh motor,kebetulan pd masa itu sy ingin keluar pergi kerja juga. Masa tu hanya Tuhan yg tahu mcmna perasaan sy. Sy bgegas ke tempat dia kemalangan,sampai sana sy nampak motor dia diseberang jalan & dia bsandar ditepi jalan. Sy mengambil keputusan utk membawa dia ke hospital tanpa tunggu ambulans,sambil memandu sy menangis & mgigil,dia mengerang kesakitan dibelakang. Sampai di hospital doktor sahkan dia hanya patah kaki kanan tapi selepas sejam kaki tu makin membengkak. Jam 10.30pg Dia dibawa ke bilik CT scan,dr situ baru tahu salur darah dikakinya putus. Doktor cakap hospital sini tiada pakar utk buat penyambungan salur darah jadi perlu transfer ke HKL & hanya ada masa 6jam dr masa kemalangan,sebelum jam 1tghri mesti buat pembedahan tapi malangnya dihospital ni kami telah habiskan masa terlalu lama krn tiada ambulans utk bawa ke HKL. Kami menunggu shingga jam 1tghri,kami tiba di HKL pd jam 2ptg. Sampai disana para pakar terus memeriksa tapi akhirnya mereka hanya mberi pilihan terakhir iaitu selamatkan nyawa dgn memotong kaki kanan hingga paras lutut krn kaki telah mati,dkhuatiri bakteria akn merebak & akan membahayakan nyawa. Masa tu dr air muka suami dia seakan tak nak terima kenyataan,sy memujuk dia utk redha. Maka kami terima pilihan itu.Tp kesakitan tak berakhir disitu,jam 2.30ptg dia  ditempatkan di wad sementara tunggu giliran pembedahan. Dia mengerang,menangis kesakitan tp sy hanya mampu melihat & turut sama menangis. Sy pujuk dia supaya istighfar & bsabar,shingga dia tertidur. Jam 1pg 13/5/2014 baru dia dibawa ke ruang bedah. Sy gelisah menanti,akhirnya jam 5pg dia dibawa keluar dr Dewan bedah. Sewaktu melihat keadaan dia,sy rasa lemah & sedih sgt. Bila dia sedar selepas beberapa jam dr pembedahan,dia menangis. Kami sama2 menangis. Tapi kami redha,kami bsyukur krn msh boleh hidup bersama.#sayaakanmelengkapikekuranganawak

Kelahiran Anak Syurga,Aisy Anaqi

Syukur alhamdulillah..mudahnya melahirkan Aisy Anaqi,sehari sebelum 14/12/2013 tu sempat jimba2 dgn mummy Mycute Babyshop,ibu Azreiyn Daniel& mama Cik-puan Zulhaila 'eiyla'& mkn ape yg ibu ngidamkan.Malam tu perut mengeras setiap 5minit,ibu xjangka tu tanda Aisy Anaqi nak keluar sebab usia kandungan 34minggu,15/12/2013 pukul 6.30am ibu ke toilet tiba2 ada something terkeluar rupanya kantung air ketuban.Ayah terus bwk ke hospital,sampai depan pintu hospital terus air ketuban pecah sendiri.6.55am masuk labour room,kepala baby dah fully dekat pintu keluar tanpa bius doctor terus keluarkan baby,tepat 7.00am baby selamat dilahirkan.Aisy Anaqi diberi bantuan pernafasan.Doctor beritahu satu perkara yg amat mendebarkan,Aisy Anaqi ada ciri2 down syndrome.Ya Allah hati ibu bagai dipanah petir.Berlinangan air mata ibu ayah disaat itu.Terlalu berat dugaan Mu Ya Allah.Ibu redha dalam keterpaksaan.Ibu menatap wajah Aisy Anaqi yg sgt indah itu sambil memujuk hati untuk redha dgn ketentuanNya.Bermacam perkara ada difikiran,cuba ibu tepis.Tiada ibubapa yg mahu anak spt itu & ibu tahu Aisy Anaqi pun xmahu dilahirkan sebegitu.Ibuayah redha dgn segalanya.Ibu harap ibu mampu jadi ibu yg kuat untuk kamu Aisy Anaqi.InshaALLAH ibu ayah & abg Aisy akan menjaga Aisy Anaqi sebaik mungkin hingga akhir hayat kami.Biar apapun org lain mengata,kami tetap ada untuk Aisy Anaqi sayang. Aisy Anaqi anugerah terindah pada kami sekeluarga. Syukur Alhamdulillah dgn anugerah Mu Ya Allah!!!
#AISYANAQI=KEHIDUPAN KEINDAHANKU


Designed by UMIESUEstudio 2014 : Ibu Aisy Rizqullah