Sunday 21 December 2014

Babywearing

Babywearing Journey..

Mula join group Malaysian Babywearers (MBW) sejak ada anak sulung tapi masa tu hanya suka2 macam tu je,tak adalah addicted macam sekarang ni. Sejak join group ni aku belajar macam2 ilmu tentang babywearing.. Cara yang betul & selamat untuk kendong anak.. Group ni memang sangat2 merbahaya,korang akan termakan racun yang boleh buat korang ketagih dengan babywearing.. Design2 nya yang cantik2 buat korang tergila2.. Tapi apa2 pun kena fikir financial kita juga,ikut kemampuan sebab harganya juga agak mahal tapi ianya berbaloi dengan kualiti & ciri2 keselamatannya. Nyawa anak lebih bernilai dari wang ringgit..Tapi aku tak pernah lagi beli atas sebab2 tertentu. Ringsling(RS) ni kendong pertama yang aku miliki,rezeki untuk anak Syurgaku Aisy Anaqi dari rakan alam maya(FB) kak Sue,seterusnya dapat Boba Air ROAK dari group MBW Puan Linda. Terbaru semalam kak Min dr group MBW beri pinjam wrap jumpsac & bagi peluang pakai SSC sekejap.. Mula2 hanya jatuh cinta pada SSC sebab senang nak pakai tapi lepas cuba wrap,terus jatuh cinta dengan wrap. Rupa2nya senang je nak lilit2 wrap ni.. Memang dah teracun dengan wrap,best je lilit2.. Kendong baby juga dapat close kan lagi relationship antara parents dengan anak,setiap masa boleh cium anak,anak juga rasa selamat & selesa dalam dakapan kita.. Pada ibu2 yang nak kendong baby,bolehlah join group MBW sebab disitu anda dapat belajar cara nak kendong baby dengan betul & selamat.. Happy babywearing!


2 comments:

cerita ceriti kak sarah said...

babywearing ni nampak macam sgt selesa dipakai..

Unknown said...

Yes sgt selesa..merapatkn lg relationship ank dgn parents


Designed by UMIESUEstudio 2014 : Ibu Aisy Rizqullah