Tuesday 16 December 2014

Kelahiran Anak Syurga,Aisy Anaqi

Syukur alhamdulillah..mudahnya melahirkan Aisy Anaqi,sehari sebelum 14/12/2013 tu sempat jimba2 dgn mummy Mycute Babyshop,ibu Azreiyn Daniel& mama Cik-puan Zulhaila 'eiyla'& mkn ape yg ibu ngidamkan.Malam tu perut mengeras setiap 5minit,ibu xjangka tu tanda Aisy Anaqi nak keluar sebab usia kandungan 34minggu,15/12/2013 pukul 6.30am ibu ke toilet tiba2 ada something terkeluar rupanya kantung air ketuban.Ayah terus bwk ke hospital,sampai depan pintu hospital terus air ketuban pecah sendiri.6.55am masuk labour room,kepala baby dah fully dekat pintu keluar tanpa bius doctor terus keluarkan baby,tepat 7.00am baby selamat dilahirkan.Aisy Anaqi diberi bantuan pernafasan.Doctor beritahu satu perkara yg amat mendebarkan,Aisy Anaqi ada ciri2 down syndrome.Ya Allah hati ibu bagai dipanah petir.Berlinangan air mata ibu ayah disaat itu.Terlalu berat dugaan Mu Ya Allah.Ibu redha dalam keterpaksaan.Ibu menatap wajah Aisy Anaqi yg sgt indah itu sambil memujuk hati untuk redha dgn ketentuanNya.Bermacam perkara ada difikiran,cuba ibu tepis.Tiada ibubapa yg mahu anak spt itu & ibu tahu Aisy Anaqi pun xmahu dilahirkan sebegitu.Ibuayah redha dgn segalanya.Ibu harap ibu mampu jadi ibu yg kuat untuk kamu Aisy Anaqi.InshaALLAH ibu ayah & abg Aisy akan menjaga Aisy Anaqi sebaik mungkin hingga akhir hayat kami.Biar apapun org lain mengata,kami tetap ada untuk Aisy Anaqi sayang. Aisy Anaqi anugerah terindah pada kami sekeluarga. Syukur Alhamdulillah dgn anugerah Mu Ya Allah!!!
#AISYANAQI=KEHIDUPAN KEINDAHANKU

No comments:


Designed by UMIESUEstudio 2014 : Ibu Aisy Rizqullah