Wednesday 27 May 2015

Dulu.. Kini..

Dulu..hati ni meratapi kehadirannya.. Ya,hati ibu mana yang tidak sedih bila anak yang dikandungkan selama 34minggu disahkan penghidap Down syndrome.. Ketika dia lahirkan pra matang aku memujuk hati  "tak apa tak cukup bulan pun nanti dia boleh besar juga",namun apabila doktor mengatakan dia miliki ciri2 Down syndrome terus hati ini berkata, "Kenapa jadi begitu? Kenapa anak Aku? Dimana silapnya? Kenapa??" Suami disisi memujuk,memberi kata-kata positive. SubhanaAllah,air mata aku mengalir tanpa henti,degupan jantung berdetak laju. Aku tak tahu nak menyalahkan siapa dan apa. Sejurus kelahiran dia,aku serasa tidak mahu memandang dan menyentuhnya,sedangkan dia lah yang aku dan suami nanti-nantikan selama ini. Aku tak mampu mengangkat wajah untuk menatapi wajahnya. Jururawat membawa aku ke dalam wad,dihulurnya bayi suci itu. Tanganku memegangnya longlai. Hadirnya sahabat Mycute Babyshop, Reiyn Noorazreen, Ajieiyla Zulhaila diketika itu. Mereka memberi semangat,memujuk hati aku. Tangisan gugur bersama. Ruang bilik menjadi hening sayu.

Hari berikutnya kami dibenarkan pulang,dia berkeadaan baik. Aku melalui hari2 berpantang dengan 1001 perasaan. Suami,keluarga dan kawan2 sentiasa memberi semangat kepada aku.
Alhamdulillah,dia anak yang baik,mudah menguruskannya. Meskipun hati aku masih lagi belum redha,namun setiap kali aku menyusukan dia,aku berdoa agar susu ini bermanfaat buat dia. Aku halalkan setiap titis susu ku yang mengalir dalam tubuhnya. Setiap kali aku mendakapnya aku Istighfar,aku berdoa meminta hati ini menerimanya,redha dengan ketentuanNya. Allahuakhbar,hati seorang ibu,dengan izin Allah. Aku semakin sayang pada dia. Setiap saat ingin aku kucup dan dakap erat tubuhnya yang kecil itu. Setiap detik rasa cinta dan sayang semakin bertambah pada dia.

Kini..wajah dia yang pertama ingin ku lihat pabila mata ini celik..bau harumnya yang ingin aku cium pabila hidung ini menghidu..suara kecilnya yang ingin aku dengar pabila telinga ini mendengar..tubuhnya yang molek yang ingin aku dakap pabila ingin menyentuh..senyuman dia yang ingin aku rasai pabila hati aku berduka.. Hanya dia..

Aisy Anaqi,anak Syurgaku,malaikat kecilku..

Dulu aku tak ingin kan dia.. Kini aku tak mahu kehilangan dia..tak mahu berpisah dengan dia..tak mahu melihat dia berduka..tak mahu melihat dia kesakitan..tak mahu melihat air matanya.. Aku mahu dia bahagia dunia akhirat.. Akan aku korbankan jiwa raga demi untuk mu anakku.

MasyaAllah,Terima kasih Allah,kerana meletakkan dia didalam rahimku. Memilih aku dan suami sebagai ibubapa nya. Alhamdulillah syukur Ya Allah.


Wednesday 29 April 2015

Tiga hero hebat

Disebalik kekuatan saya,mereka bertiga lah yang memberi inspirasi. Mereka lah segalanya bagi saya. Ketika suka & duka. Ketika senang & susah. Ketika sihat & sakit. Mereka yang membuat saya sentiasa positive walaupun ketika diuji. Mereka yang membuat saya terus bangkit & terus melangkah ketika saya jatuh terhibur. Mereka yang menyapu airmata saya ketika saya menangis. Mereka yang membuat saya gagah ketika saya sakit. Mereka yang membuat saya terhibur ketika saya berduka. Mereka yang sentiasa mengingatkan saya tentang Allah s.w.t. Mereka yang menjadikan saya seorang wanita,isteri & ibu seperti saya sekarang.
Alhamdulillah kami saling melengkapi segala kekurangan & kelebihan antara satu sama lain. Saya bersyukur kerana dapat berbakti pada mereka diketika hayat mereka & saya masih ada. Sekurang2nya jika saya atau mereka pergi suatu hari nanti,saya telah tunaikan janji saya untuk menjaga mereka sebaik mungkin. Tapi saya harap usia kami dipanjangkan & andai  ditakdirkan tidak kesampaian,Mudah2an kami disatukan dalam liang yang sama. Saya sayang mereka sangat2.
#IbuAyahAbgAdik


Jagalah aib saudara mu

Nak tengok diri sendiri jangan tengok dekat kamera handphone tapi tengok dekat cermin. Kamera handphone boleh edit tapi cermin kita nampak diri kita yang sebenar. Sebelum nak memburukkan orang lain,sila nilaikan keburukkan diri sendiri. Keburukkan orang yang kita canang2kan tu terpalit pada diri kita tanpa kita sedari. Tutuplah aib orang disekelilingmu,nescaya aibmu juga akan tersimpan rapi.

  1. QS. Al-Hujuraat (Al-Hujurat) [49] : ayat 12
Yaa ayyuhaalladziina aamanuu ijtanibuu katsiiran mina zhzhanni inna ba'dha zhzhanni itsmun walaa tajassasuu walaa yaghtab ba'dhukum ba'dhan ayuhibbu ahadukum an ya/kula lahma akhiihi maytan fakarihtumuuhu wattaquullaaha innallaaha tawwaabun rahiim

[49:12] Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengganjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.

[49:12] O you who believe! avoid most of suspicion, for surely suspicion in some cases is a sin, and do not spy nor let some of you backbite others. Does one of you like to eat the flesh of his dead brother? But you abhor it; and be careful of (your duty to) Allah, surely Allah is Oft-returning (to mercy), Merciful.


Babywearing journey

Perjalanan dunia menggendong anak. Ianya bermula apabila saya dikurniakan anak kedua. Kerana dia kerap ulang alik ke hospital setiap bulan,kebiasaannya hanya pergi berdua sahaja. Dengan cara menggendong dia,memudahkan saya untuk bergerak dalam urusan harian. Bila dia keletihan dia akan lena dalam kendongan tu,saya tak perlu sediakan tempat untuk baringkan dia malahan dia tidur sambil mendengar degupan jantung saya. Posisi kendongan yang dekat dengan pandangan saya juga memudahkan saya untuk mencium dan mendakap dia dengan lebih kerap. Dengan menggendong anak juga memudahkan saya untuk mengawal pergerakkan dan menenangkan dia jika dia menangis atau rasa tidak selesa. Ada kalanya saya juga menggendong anak sulung saya jika kami berdua ke pasaraya bagi memudahkan saya mengawal dia dan dapat mengelak dari kehilangan dia ketika saya membeli barangan. Menggendong anak juga membuatkan suami saya yang kelainan upaya dapat mendukung anaknya. Rekaan alat kendongan yang selamat dan ergonomic juga membuatkan anak selesa ketika dikendong,jadi saya tak risau anak rasa tak selesa atau tak suka bila dikendong. Alhamdulillah selama saya menggendong anak,mereka sentiasa tenang dan selesa.
Saya menggendong anak bukan kerana ianya trend mahupun kerana ingin menunjuk2 pada orang lain tetapi kerana dengan menggendong anak,saya mudah melakukan urusan harian dan paling utama,bonding antara saya dan anak menjadi lebih erat kerana posisi menggendong itu sama seperti sedang berdakapan. Dakapan seorang ibu adalah dakapan terbaik yang mampu menenangkan kegusaran dan kesedihan seorang anak dan membuat anak sentiasa tersenyum kerana mereka rasa selamat dalam dakapan ibunya.
Selagi ada kudrat akan ibu kendong anak2 ibu selalu.


Aik..ana aki ayah?

Imbas kembali..

Beberapa hari selepas ayah kemalangan & buat pembedahan potong kaki kanan, Aisy datang hospital dengan nenek & saudara mara yang lain. Masa tu ayah pakai kain jadi Aisy tak nampak keadaan kaki ayah. Dia minta ayah pangku dia,ayah ikutkan kehendak dia. Masa Aisy tengah duduk tu,tangan dia terpegang kaki kanan ayah. Dia raba2 macam mencari sesuatu,terus dia selak kain yang menutupi kaki ayah. Dia nampak sesuatu yang pelik dan dia bertanya, "Aik..ana aki ayah?".. Masa tu orang disekeliling yang melihat dan mendengar pertanyaan Aisy tu terus terdiam menahan sebak.. Tak ada jawapan untuk soalan tu,akhirnya kami hanya tersenyum supaya Aisy tak terus tertanya2 lagi tapi dia masih ingin tahu. Selepas ayahnya dah pulang kerumah,dia kerap mengajak ayah keluar berjalan dengan motor. Mula2 dia kerap mendesak mungkin kerana perkara tu masih baru terjadi dan dia masih kecik untuk faham akan situasi tu.

Alhamdulillah secara perlahan2 Aisy mula faham apa yang berlaku dan dia faham situasi ayahnya. Tapi sekarang dialah yang paling suka usik ayah. Ayah tengah berdiri,dia lalu bawah kaki ayahnya,dia usik ayahnya tengah berjalan,dia tiru cara ayah berjalan guna tongkat. Bila dia nampak ayah nak bangun,cepat2 dia tolong ambilkan tongkat untuk ayah.
Aisy sedikit trauma dengan lori,sebab dia tahu ayahnya kemalangan dengan lori. Alhamdulillah walau macamana pun Aisy tetap rapat dengan ayah. Dialah kawan baik ayah kat rumah,kawan gaduh. Semoga bila Aisy dah besar nanti Aisy jadi anak yang berbakti pada ibu ayah ye. InshaaAllah aamiin2.


Rezeki Allah

Alhamdulillah.. Aku mengharap dapat rezeki sales tapi Allah bagi aku rezeki dari sudut lain. Allah bagi kesembuhan pada Anaqi,kesihatan pada Aisy,kecekalan pada suami & ketabahan pada aku.. Tapi aku tak nampak tu,yang aku nampak kenapalah Allah tak bagi rezeki sales lebih pada aku.. Manusia kan? Mana pernah puas & cukup.. Allah tak bagi apa yang kita hendak tapi Allah bagi apa yang kita perlukan.. Kadang2 rezeki Allah ni datang tanpa diduga dari mana2 sumber yang kita tak ketahui. Anak sihat,rumahtangga bahagia,kesihatan yang baik,dapat makan minum,dapat melihat dunia,masih boleh tersenyum,dapat bersama dengan orang2 tersayang,Ya Allah itu semua pun rezeki dariNya.. Dan Allah berikan aku rezekiNya melalui hamba2Nya yang bermurah hati sudi berkongsi rezeki dengan aku sekeluarga. Meskipun mereka tidak mengenali aku,tapi mereka sudi berkongsi nikmat rezeki dengan kami. Semoga semakin luas rezeki kalian. Rezeki Allah ni terlalulah luas mustahil untuk kita hitung satu persatu.. Nikmat Allah yang manakah lagi yang hendak kita dustakan? Allahuakhbar!
Jazakallahkhairan


Ya Allah,aku rindu..

Gambar raya tahun lepas. Awak berbaju melayu berkain pelikat tapi awak masih nampak sempurna bagi saya..  Kita sama2 berusaha cari baju sedondon dengan anak2 selepas Anaqi discaj hospital,masa tu hanya berbaki berapa hari je lagi nak raya baru Anaqi discaj. Kita keluar berdua,saya tolak awak dengan kerusi roda. Awak penat seharian teman saya tapi awak layan juga kehendak saya yang inginkan pakaian sedondon.. Kita dapat juga cari akhirnya.. Kalaulah saya mampu hadiahkan awak sebelah kaki kanan supaya raya kali ini awak dapat berbaju melayu lengkap tak perlu kain pelikat & kita sekeluarga berpakaian sedondon.. Mudah2an awak dapat kaki palsu tu cepat2 ye..


Hanya aku yang tahu

Kalau aku bagi korang duduk kat tempat aku sekarang ni korang nak tak rasa & hadapi apa yang sedang aku tanggung??? Aku ketepikan kepentingan diri sendiri demi keluarga aku.. Aku cukup duit ke x,ada kau tahu? Aku sihat ke x,ada kau tahu? Aku penat ke x,ada kau tahu? Aku menangis ke x,ada kau tahu? Aku makan ke x,ada kau tahu? Yang kau tahu,aku kerja bank gaji banyak,orang banyak bagi sumbangan kat anak aku,kau ingat aku bersenang lenang dengan semua tu? Kau tahu macamana aku kerja nak dapatkan pendapatan lebih? Kau tahu bidang kerja aku macamana?Kau ingat aku hari2 ada duit? Takkan aku nak cakap dengan semua orang,"Tolong aku tak ada duit ni".. Kau ingat kos perubatan & keperluan anak2 aku x tinggi? Pernah kau ambil berat semua tu? Aku kerja sorang untuk tampung segala kos keluarga aku terutama sekali untuk Anaqi.. Aku kerja pagi,balik malam,kau ingat aku suka2 kat luar,x ingat kat anak2 aku? Masa aku untuk keluarga aku sendiri sangat2 terbatas,kau ingat aku suka? Aku kena bahagikan masa setiap kali nak bawa anak & suami pergi temujanji hospital,perkeso dll. Suami & anak2 kau sihat tak payah ada kos khas untuk dorang,boleh berkongsi pendapatan untuk tampung keluarga kau. Tapi aku ni sorang2 kena buat. Mungkin sekarang hidup kau tengah cukup sempurna,sebab tu kau dengan senang melontar kata2 azimat kau tu. Kau kena ingat,kalau suatu hari nanti Allah nak tarik nikmat yang kau ada sekarang dan beri apa yang jadi kat aku pada kau dalam sekelip mata je,baru kau tahu macamana rasanya.. "kun fayakuun".. Baru kau tahu langit tinggi rendah! Aku x meminta jadi perkara yang buruk pada kau,aku cuma nak kau belajar beringat.. Sesekali cuba letak diri kau dalam kesusahan orang lain. Aku xminta kau atau sesiapa simpati pada aku & aku bukan nak raih bantuan untuk aku sekeluarga tapi sekurang2nya fahami situasi kami,beri semangat pada kami. Jazakallahkhair


InshaaAllah

Suami bertanya:

Suami: Agak2 sebelum raya nanti saya dah dapat kaki palsu ke belum ye?

Isteri: InshaaAllah.. Kalau dapat bolehlah pakai baju melayu satu set,tak payah pakai kain pelikat macam tahun lepas.

Suami: Bestnya raya tahun ni kalau saya dah dapat kaki palsu tu. Boleh dukung Anaqi.

Isteri: InshaaAllah semoga dipermudahkan & makbul doa2 kita.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Haihhh..hensem pula awak ni ye cik abe! Haha..maaf kalau ada yang meluat.. Puji suami dapat pahala ye dok?


Kasih sayang Abang & Adik

Semoga Abang akan kekal sayang & jaga Adik sampai Syurga ye.. Ibu sayang kalian sampai Syurga.. Walaupun masa ibu untuk kalian sangat terhad tapi kasih sayang & cinta ibu untuk kalian tiada hadnya.. Setiap saat kalian bermain dalam fikiran ibu.. Ibu bekerja demi kalian agar keperluan & kehendak kalian dapat ibu penuhi.. Selagi kudrat ibu masih terdaya,selagi itu akan ibu akan tunaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu.. Takkan ibu biarkan kalian berlapar,berpanas,tak berpakaian & hidup susah selagi ibu masih hidup.. Tak menjaga kamu sepenuh masa,tidak bermakna ibu gagal menjadi ibu yang terbaik untuk kalian.. Percayalah ibu sentiasa berusaha untuk jadi yang terbaik meskipun ia membuat ibu sakit & menangis.. Ibu tak kisah dengan kata2 mahupun tanggapan orang lain kerana ibu tahu kalian memahami situasi yang ibu lalui.. Orang lain takkan faham dengan apa yang kita lalui & rasai,biarlah hanya kita sekeluarga yang rasai segala suka duka kehidupan ini.. Allah sentiasa bersama kita dalam mengharungi hari2 mendatang.. InshaaAllah..


Dia juga manusia

Dah lama tak keluar berjalan2 dengan suami.. Selepas baru2 keluar hospital ada juga sekali keluar dengan dia pergi makan2 & berjalan2 di mall tapi waktu tu,semua orang pandang dia pelik,siap tenung lama2.. Ada pula parents yang jadikan dia modal untuk gertak anak2nya.. "Eeee tengok tu orang tu tak ada kaki,nanti dia tangkap kamu", "Eeee kenapalah dengan dia tu ye tak ada kaki", "Eeee jangan dekat2 nanti dia apa2kan kamu".. Ada yang memerhati sampai nak terkehel leher sebab nak tengok sampai kelibat kami hilang dari pandangan mata.

Korang tahu tak bertapa susah aku nak kembalikan semangat dia supaya dia yakin berhadapan dengan keadaan luar tapi dek kerana pandangan korang tu dia hilang keyakinan,dia malu nak berhadapan orang sekeliling dia. Kerana kata2 korang dia takut berhadapan realiti.

Hingga sekarang kalau aku ajak dia kemana2 dia banyak beri alasan,kalau ikut pun dia hanya menunggu dalam kereta kerana dia malu dengan pandangan & kata2 korang..

Pelik ke dia dipandangan mata korang? Kekurangan anggota tu penting ke bagi korang? Tidak layak ke dia untuk bersosial seperti korang? Menakutkan ke fizikal dia yang begitu?

33tahun dia hidup dengan fizikal yang normal tapi tiba2 sekelip mata segalanya berubah,fizikal dia tak senormal dulu.. Emosi terganggu.. Korang ingat dia nak jadi cmni? Aku usaha menjadikan dia yang sekuat dulu,bantu membuat dia tidak berasa kekurangan tu & aku cuba pulihkan semangat dia.

Aku tak minta korang banyak,hanya minta jaga lah pandangan & percakapan korang. Dia juga manusia yang punyai perasaan.. Kekurangan fizikal sedikit pun tidak membezakan dia dengan korang.. Malahan pandangan & kata2 negatif korang yang membuatkan korang lagi banyak kekurangan berbanding dia.


Sunday 8 March 2015

Jangan ditanya.. Aku yakin dengan ketentuan Allah

Ada yang bertanya:

Kenapa masih nak bersama dengan dia?
Kenapa masih nak jaga dia?
Kenapa nak bersusah payah bekerja untuk dia & anak2?
Kenapa nak penatkan diri sendiri untuk dia & anak2?
Kenapa membebankan diri?
Kenapa berusaha keras demi dia & anak2?
Kenapa masih bertahan?
Macamana boleh dapat anak macam tu(anaqi)?
Kenapa nak pregnant juga kalau dapat anak macam tu(anaqi)?
Kenapa nak jaga juga anak macam tu(anaqi)?
Apa kau makan sampai dapat anak macam tu(anaqi)?
Apa lah dosa kau ye sampai dapat balasan macamni?

Kenapa? Macamana? Sebab apa?

Maaf.. Aku tak ada jawapan untuk semua pertanyaan tu.. Yang aku yakin & pasti Allah pilih aku,suami & anak2 untuk terima semua ni sebab Allah tahu kami kuat & mampu. Allah tak pilih kau sebab kau suka persoalkan setiap kejadianNya, Allah tahu kau takkan mampu hadapinya & kau bukan insan terpilih olehNya.

Kalau kau tanya apa perasaan aku?

Alhamdulillah aku bahagia kerana aku sentiasa redha dengan segala yang ditentukan olehNya.. Aku bahagia dapat jadi isteri yang berbakti pada suami dihayatnya & aku bahagia dapat jadi ibu kepada anak2nya.. Paling aku bahagia bila dikurniakan anak Syurga dalam perkahwinan ini..

Ada hikmah disetiap kejadian ini.. InshaaAllah ada kemanisan disebalik segala kepahitan ini.. Janji Allah itu pasti.. Aamiin..


Friday 6 February 2015

Penghuni Syurga

Ketika ibu bapa yang memiliki anak normal bersusah payah bermodal wang ringgit untuk mendidik anak2 mereka menjadi anak berjaya didunia & diakhirat,hantar ke tahfiz & sebagainya kerana ingin anak mereka jadi penghuni Syurga.. Jangan lupa didiklah anak kalian juga untuk menghormati anak2 istimewa ini,jangan dibiarkan kan mereka menghina & memandang rendah anak2 istimewa kami ini.. Kami ibu bapa yang memiliki anak istimewa ini tidak perlu bersusah payah untuk menjadikan penghuni Syurga,kami hanya bermodalkan kesabaran & ketabahan dalam membesar & menjaga mereka disepanjang hayatnya kerana telah dijanjikan buat anak istimewa ni bahawa tempat mereka pasti diSyurga kelak.. Anak2 istimewa kami bukan bahan untuk lawak jenaka bodoh kalian,bukan modal untuk menambah dosa kalian & bukan alat permainan kalian..

Diakhirat nanti,yang akan 'special needs' tu kita bukan mereka,bayangkan nanti diakhirat kita yang jadi terpinga2.. Kita yang jadi down syndrome,non verbal,autism.. Lepas tu tiba2 datang anak istimewa ni (diakhirat mereka dah tak 'special needs' lagi dan mereka berkata, 'Ya Allah ampunilah dia kerana dia yang telah sabar mengenalkan aku tentang diri MU suatu ketika aku didunia dulu')..

Ya Allah menitis air mata aku ketika ini..


Friday 2 January 2015

Sindrom Down bukan cacat

Pantang betul kalau orang sebut perkataan CACAT. Maaf anak kami bukan cacat tapi ISTIMEWA. Sindrom Down bukan sejenis penyakit tapi ianya adalah masalah kesihatan. Anak kami penghidap Sindrom Down bukan berpenyakit Sindrom Down. Memang anak kami tak secantik & sekacak anak awak yang normal,memang perkembangan anak kami lambat tak seperti anak awak,memang anak kami kategori OKU,memang anak kami fizikalnya lain dari anak awak tapi anak kami juga manusia ciptaan Allah swt. Anak kami anak Syurga yang tempatnya diakhirat nanti telah pasti dijanjikan Syurga tanpa perlu dihisab. Sekurang2nya kami tahu dekat akhirat nanti hidup anak kami terjamin selamat. Anak kami anak Syurga yang Allah ciptakan terlalu indah & istimewa buat kami ibu ayahnya sehinggakan kalau boleh kami nak terus jaga dia hingga disyurga,tak nak terpisah walau sesaat. Anak kami tak salah, dia tak pernah ganggu hidup awak,dia tak minta makan minum dari awak & kami tak mengadu kesusahan kami pada awak. Anak kami tak minta dilahirkan begini tapi Allah yang kurniakan keistimewaan ini pada dia & diamanahkan pada kami untuk menjaga disepanjang hayatnya. Awak ingat kami nak ke anak kami jadi begini, 8bulan saya bawa dia dalam rahim ni,tanggung segala kesakitan tapi bila lahir dia adalah anak istimewa,hati ibu mana yang sanggup terima tapi hati ibu mana pula yang tergamak nak membenci anak istimewa yang tak berdosa ini yang telah si ibu pertaruhkan nyawa ketika melahirkannya. Apalah kudrat kami nak menidakkan takdir Allah. Anak kami ini anugerah terindah dalam hidup kami meskipun dia dilabel Orang Kurang Upaya tapi pada kami dia terlalu sempurna tiada kekurangan walau seinci. Mungkin pada awak,anak kami nampak cacat tapi saya yakin tak semua orang berpandangan seperti awak. Kami yakin anak2 yang senasib anak kami ini kian diterima & disayangi oleh masyarakat sekeliling. Kami tak malu miliki anak istimewa ini malahan kami berbangga,berbesar hati dengan kehadiran dia dalam hidup kami. Ya anak kami bukan macam kanak2 biasa tapi anak kami kanak2 luar biasa!



Designed by UMIESUEstudio 2014 : Ibu Aisy Rizqullah