Tuesday 16 December 2014

Imbas kembali

Jangkaan bersalin 22/01/2014 tapi 15/12/2013 hari Ahad, jam 7pagi ibu telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 2.33kg,ukuran panjang 44.5cm. Sewaktu proses itu ayah menemani ibu disisi,Proses kelahiran yang sangat mudah tanpa sebarang suntikan,tanpa episiotomi,tanpa perlu meneran kamu keluar dengan sendiri.. Alhamdulillah kamu selamat dilahirkan sayang.. Terus hati ibu berkata,'Alhamdulillah Aisy Anaqi ku telah selamat aku lahirkan'.. Nama ni telah ibu sediakan dari awal ibu tahu ibu mengandungkan kamu... Jam 7.05pagi doktor yang menyambut kelahiran kamu memberitahu,'Puan,maaf anak puan miliki ciri2 sindrom down'... Ya ibu masih ingat nama doktor tu,Doktor Aziah.. Buat seketika jantung ibu berhenti berdegup,muka ini bagaikan ditampar.. Ibu genggam erat tangan ayah waktu itu,pohon kekuatan.. Ayah cakap,' sabar sayang,yang penting dia sihat & selamat'.. Air mata mengalir laju tanpa dipinta.. Ibu lihat ayah mengazankan kamu,ibu lihat susuk tubuh kamu yang kerdil.. Jururawat meletakkan kamu didakapan ibu tapi ibu mendakapmu dengan rasa kekesalan,berjujuran airmata ibu jatuh diwajah kamu. Terselit rasa benci terhadap kamu ketika itu.. SubhanaAllah.. Puas ibu pujuk hati ini untuk redha... Dalam pantang,ibu tangisi keadaan kamu,menyesalkan kehadiran kamu,menyalahkan diri jua takdir Allah.. Ketika dalam pantang,kamu sangat baik langsung tidak meragam.. Hari2 sedih kian berlalu.. Hari demi hari dengan sokongan keluarga & kawan2 ibu mula belajar untuk terima dengan redha... MasyaAllah kuasa Allah,hati ibu mula menyayangi kamu,mula untuk menerima kamu seadanya.. Hinggakan ibu tak nak terpisah dari kamu walau sesaat.. Ibu sangat menyayangi kamu.. Disaat kamu berusia 6bulan kamu jatuh sakit,jangkitan kuman diparu2.. Hampir sebulan kamu di ICU,Ya Allah hati ibu ketika teramat sedih.. Hari2 ibu berharap agar kamu cepat sembuh,alhamdulillah ternyata kamu memang anak yang kuat.. 3bulan kemudian kamu jatuh sakit lagi,penyakit yang sama.. Dan kali ketiga kamu sakit lagi bln lepas.. Hospital bagaikan rumah persinggahan kita.. Sehabis boleh ibu nak elak dari kamu masuk wad lagi.. Bilamana suhu kamu jejak 37° pasti ibu lakukan pelbagai cara untuk turunkan suhu tu.. Ibu sentiasa lakukan yang terbaik untuk kamu.. Setiap perkembangan kamu seperti mengiring,berguling,senyum,mengangkat kepala,respons pada bunyi,pegang barang sangat2 bermakna bagi ibu biarpun sebenarnya perkembangan kamu agak lewat dari biasa.. Hari ni kamu sudah genap 1tahun,Selamat hari lahir sayangku.. Entah kenapa ibu rasa sebak diwaktu ini, ibu kesal atas tangisan ibu dulu,ibu kesal atas penerimaan kamu dulu... Maafkan ibu sayang... Kini dan selamanya ibu amat menyayangi kamu.. Kamulah permata dalam kehidupan ibu.. Selamat Hari Lahir Aisy Anaqi Bin Hasnizam

No comments:


Designed by UMIESUEstudio 2014 : Ibu Aisy Rizqullah