Wednesday 27 May 2015

Dulu.. Kini..

Dulu..hati ni meratapi kehadirannya.. Ya,hati ibu mana yang tidak sedih bila anak yang dikandungkan selama 34minggu disahkan penghidap Down syndrome.. Ketika dia lahirkan pra matang aku memujuk hati  "tak apa tak cukup bulan pun nanti dia boleh besar juga",namun apabila doktor mengatakan dia miliki ciri2 Down syndrome terus hati ini berkata, "Kenapa jadi begitu? Kenapa anak Aku? Dimana silapnya? Kenapa??" Suami disisi memujuk,memberi kata-kata positive. SubhanaAllah,air mata aku mengalir tanpa henti,degupan jantung berdetak laju. Aku tak tahu nak menyalahkan siapa dan apa. Sejurus kelahiran dia,aku serasa tidak mahu memandang dan menyentuhnya,sedangkan dia lah yang aku dan suami nanti-nantikan selama ini. Aku tak mampu mengangkat wajah untuk menatapi wajahnya. Jururawat membawa aku ke dalam wad,dihulurnya bayi suci itu. Tanganku memegangnya longlai. Hadirnya sahabat Mycute Babyshop, Reiyn Noorazreen, Ajieiyla Zulhaila diketika itu. Mereka memberi semangat,memujuk hati aku. Tangisan gugur bersama. Ruang bilik menjadi hening sayu.

Hari berikutnya kami dibenarkan pulang,dia berkeadaan baik. Aku melalui hari2 berpantang dengan 1001 perasaan. Suami,keluarga dan kawan2 sentiasa memberi semangat kepada aku.
Alhamdulillah,dia anak yang baik,mudah menguruskannya. Meskipun hati aku masih lagi belum redha,namun setiap kali aku menyusukan dia,aku berdoa agar susu ini bermanfaat buat dia. Aku halalkan setiap titis susu ku yang mengalir dalam tubuhnya. Setiap kali aku mendakapnya aku Istighfar,aku berdoa meminta hati ini menerimanya,redha dengan ketentuanNya. Allahuakhbar,hati seorang ibu,dengan izin Allah. Aku semakin sayang pada dia. Setiap saat ingin aku kucup dan dakap erat tubuhnya yang kecil itu. Setiap detik rasa cinta dan sayang semakin bertambah pada dia.

Kini..wajah dia yang pertama ingin ku lihat pabila mata ini celik..bau harumnya yang ingin aku cium pabila hidung ini menghidu..suara kecilnya yang ingin aku dengar pabila telinga ini mendengar..tubuhnya yang molek yang ingin aku dakap pabila ingin menyentuh..senyuman dia yang ingin aku rasai pabila hati aku berduka.. Hanya dia..

Aisy Anaqi,anak Syurgaku,malaikat kecilku..

Dulu aku tak ingin kan dia.. Kini aku tak mahu kehilangan dia..tak mahu berpisah dengan dia..tak mahu melihat dia berduka..tak mahu melihat dia kesakitan..tak mahu melihat air matanya.. Aku mahu dia bahagia dunia akhirat.. Akan aku korbankan jiwa raga demi untuk mu anakku.

MasyaAllah,Terima kasih Allah,kerana meletakkan dia didalam rahimku. Memilih aku dan suami sebagai ibubapa nya. Alhamdulillah syukur Ya Allah.


Wednesday 29 April 2015

Tiga hero hebat

Disebalik kekuatan saya,mereka bertiga lah yang memberi inspirasi. Mereka lah segalanya bagi saya. Ketika suka & duka. Ketika senang & susah. Ketika sihat & sakit. Mereka yang membuat saya sentiasa positive walaupun ketika diuji. Mereka yang membuat saya terus bangkit & terus melangkah ketika saya jatuh terhibur. Mereka yang menyapu airmata saya ketika saya menangis. Mereka yang membuat saya gagah ketika saya sakit. Mereka yang membuat saya terhibur ketika saya berduka. Mereka yang sentiasa mengingatkan saya tentang Allah s.w.t. Mereka yang menjadikan saya seorang wanita,isteri & ibu seperti saya sekarang.
Alhamdulillah kami saling melengkapi segala kekurangan & kelebihan antara satu sama lain. Saya bersyukur kerana dapat berbakti pada mereka diketika hayat mereka & saya masih ada. Sekurang2nya jika saya atau mereka pergi suatu hari nanti,saya telah tunaikan janji saya untuk menjaga mereka sebaik mungkin. Tapi saya harap usia kami dipanjangkan & andai  ditakdirkan tidak kesampaian,Mudah2an kami disatukan dalam liang yang sama. Saya sayang mereka sangat2.
#IbuAyahAbgAdik


Jagalah aib saudara mu

Nak tengok diri sendiri jangan tengok dekat kamera handphone tapi tengok dekat cermin. Kamera handphone boleh edit tapi cermin kita nampak diri kita yang sebenar. Sebelum nak memburukkan orang lain,sila nilaikan keburukkan diri sendiri. Keburukkan orang yang kita canang2kan tu terpalit pada diri kita tanpa kita sedari. Tutuplah aib orang disekelilingmu,nescaya aibmu juga akan tersimpan rapi.

  1. QS. Al-Hujuraat (Al-Hujurat) [49] : ayat 12
Yaa ayyuhaalladziina aamanuu ijtanibuu katsiiran mina zhzhanni inna ba'dha zhzhanni itsmun walaa tajassasuu walaa yaghtab ba'dhukum ba'dhan ayuhibbu ahadukum an ya/kula lahma akhiihi maytan fakarihtumuuhu wattaquullaaha innallaaha tawwaabun rahiim

[49:12] Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengganjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.

[49:12] O you who believe! avoid most of suspicion, for surely suspicion in some cases is a sin, and do not spy nor let some of you backbite others. Does one of you like to eat the flesh of his dead brother? But you abhor it; and be careful of (your duty to) Allah, surely Allah is Oft-returning (to mercy), Merciful.


Babywearing journey

Perjalanan dunia menggendong anak. Ianya bermula apabila saya dikurniakan anak kedua. Kerana dia kerap ulang alik ke hospital setiap bulan,kebiasaannya hanya pergi berdua sahaja. Dengan cara menggendong dia,memudahkan saya untuk bergerak dalam urusan harian. Bila dia keletihan dia akan lena dalam kendongan tu,saya tak perlu sediakan tempat untuk baringkan dia malahan dia tidur sambil mendengar degupan jantung saya. Posisi kendongan yang dekat dengan pandangan saya juga memudahkan saya untuk mencium dan mendakap dia dengan lebih kerap. Dengan menggendong anak juga memudahkan saya untuk mengawal pergerakkan dan menenangkan dia jika dia menangis atau rasa tidak selesa. Ada kalanya saya juga menggendong anak sulung saya jika kami berdua ke pasaraya bagi memudahkan saya mengawal dia dan dapat mengelak dari kehilangan dia ketika saya membeli barangan. Menggendong anak juga membuatkan suami saya yang kelainan upaya dapat mendukung anaknya. Rekaan alat kendongan yang selamat dan ergonomic juga membuatkan anak selesa ketika dikendong,jadi saya tak risau anak rasa tak selesa atau tak suka bila dikendong. Alhamdulillah selama saya menggendong anak,mereka sentiasa tenang dan selesa.
Saya menggendong anak bukan kerana ianya trend mahupun kerana ingin menunjuk2 pada orang lain tetapi kerana dengan menggendong anak,saya mudah melakukan urusan harian dan paling utama,bonding antara saya dan anak menjadi lebih erat kerana posisi menggendong itu sama seperti sedang berdakapan. Dakapan seorang ibu adalah dakapan terbaik yang mampu menenangkan kegusaran dan kesedihan seorang anak dan membuat anak sentiasa tersenyum kerana mereka rasa selamat dalam dakapan ibunya.
Selagi ada kudrat akan ibu kendong anak2 ibu selalu.


Aik..ana aki ayah?

Imbas kembali..

Beberapa hari selepas ayah kemalangan & buat pembedahan potong kaki kanan, Aisy datang hospital dengan nenek & saudara mara yang lain. Masa tu ayah pakai kain jadi Aisy tak nampak keadaan kaki ayah. Dia minta ayah pangku dia,ayah ikutkan kehendak dia. Masa Aisy tengah duduk tu,tangan dia terpegang kaki kanan ayah. Dia raba2 macam mencari sesuatu,terus dia selak kain yang menutupi kaki ayah. Dia nampak sesuatu yang pelik dan dia bertanya, "Aik..ana aki ayah?".. Masa tu orang disekeliling yang melihat dan mendengar pertanyaan Aisy tu terus terdiam menahan sebak.. Tak ada jawapan untuk soalan tu,akhirnya kami hanya tersenyum supaya Aisy tak terus tertanya2 lagi tapi dia masih ingin tahu. Selepas ayahnya dah pulang kerumah,dia kerap mengajak ayah keluar berjalan dengan motor. Mula2 dia kerap mendesak mungkin kerana perkara tu masih baru terjadi dan dia masih kecik untuk faham akan situasi tu.

Alhamdulillah secara perlahan2 Aisy mula faham apa yang berlaku dan dia faham situasi ayahnya. Tapi sekarang dialah yang paling suka usik ayah. Ayah tengah berdiri,dia lalu bawah kaki ayahnya,dia usik ayahnya tengah berjalan,dia tiru cara ayah berjalan guna tongkat. Bila dia nampak ayah nak bangun,cepat2 dia tolong ambilkan tongkat untuk ayah.
Aisy sedikit trauma dengan lori,sebab dia tahu ayahnya kemalangan dengan lori. Alhamdulillah walau macamana pun Aisy tetap rapat dengan ayah. Dialah kawan baik ayah kat rumah,kawan gaduh. Semoga bila Aisy dah besar nanti Aisy jadi anak yang berbakti pada ibu ayah ye. InshaaAllah aamiin2.


Rezeki Allah

Alhamdulillah.. Aku mengharap dapat rezeki sales tapi Allah bagi aku rezeki dari sudut lain. Allah bagi kesembuhan pada Anaqi,kesihatan pada Aisy,kecekalan pada suami & ketabahan pada aku.. Tapi aku tak nampak tu,yang aku nampak kenapalah Allah tak bagi rezeki sales lebih pada aku.. Manusia kan? Mana pernah puas & cukup.. Allah tak bagi apa yang kita hendak tapi Allah bagi apa yang kita perlukan.. Kadang2 rezeki Allah ni datang tanpa diduga dari mana2 sumber yang kita tak ketahui. Anak sihat,rumahtangga bahagia,kesihatan yang baik,dapat makan minum,dapat melihat dunia,masih boleh tersenyum,dapat bersama dengan orang2 tersayang,Ya Allah itu semua pun rezeki dariNya.. Dan Allah berikan aku rezekiNya melalui hamba2Nya yang bermurah hati sudi berkongsi rezeki dengan aku sekeluarga. Meskipun mereka tidak mengenali aku,tapi mereka sudi berkongsi nikmat rezeki dengan kami. Semoga semakin luas rezeki kalian. Rezeki Allah ni terlalulah luas mustahil untuk kita hitung satu persatu.. Nikmat Allah yang manakah lagi yang hendak kita dustakan? Allahuakhbar!
Jazakallahkhairan


Ya Allah,aku rindu..

Gambar raya tahun lepas. Awak berbaju melayu berkain pelikat tapi awak masih nampak sempurna bagi saya..  Kita sama2 berusaha cari baju sedondon dengan anak2 selepas Anaqi discaj hospital,masa tu hanya berbaki berapa hari je lagi nak raya baru Anaqi discaj. Kita keluar berdua,saya tolak awak dengan kerusi roda. Awak penat seharian teman saya tapi awak layan juga kehendak saya yang inginkan pakaian sedondon.. Kita dapat juga cari akhirnya.. Kalaulah saya mampu hadiahkan awak sebelah kaki kanan supaya raya kali ini awak dapat berbaju melayu lengkap tak perlu kain pelikat & kita sekeluarga berpakaian sedondon.. Mudah2an awak dapat kaki palsu tu cepat2 ye..



Designed by UMIESUEstudio 2014 : Ibu Aisy Rizqullah