Saturday 20 December 2014

Nobody perfect

Assalamualaikum w.b.t.

Bukan senang nak jadi terbaik dikalangan manusia.. Tak semua orang suka kita.. Kadang2 orang cakap 'okey,tak apa' tapi hakikatnya mungkin hanya untuk menjaga hati kita.. Hati manusia ni sukar untuk dipuaskan.. Kadang2 dah sehabis baik kita cuba jaga hati dia tapi masih tetap tak berpuas hati.. Ada saja yang tak kena dipandangan mata dia.. Buat baik pun susah,buat jahat lagilah salah.. Buat baik katanya tunjuk alim,buat jahat katanya menyetan.. Tak boleh tengok orang lain lebih sikit,pasti ada yang tidak senang duduk,dia pun mahukan lebih juga.. Orang kaya dikatanya menunjuk2,orang miskin dikatanya tak mahu berusaha,orang hidup sederhana dikatanya tak mahu menaikkan taraf hidup. Manusia mana pernah puas,mana pernah cukup.. Situasi begini bukan hanya terjadi dalam politik malahan dikalangan masyarakat biasa.. Apa2pun berbalik pada diri kita sendiri,asalkan kelakuan kita tak usik kehidupan orang lain & tak menjatuhkan maruah sesiapa.. Kalau ada yang tidak senang dengan kita,itu adalah hak mereka.. Semua orang ada hak untuk menyuarakan pendapat mereka,tiada siapa boleh menafikan hak tersebut. Sebab tu ada pepatah mengatakan 'berbuat baik berpada2,berbuat jahat jangan sekali'.. Kita takkan dapat puaskan hati semua orang kerana kita bukanlah manusia yang sempurna,'nobody perfect'.. Sentiasalah berfikiran positif meskipun disekeliling kita diselubungi aura negatif.. Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w. menyebarkan dakwah islam itu sering dihina & difitnah namun Rasulullah masih yakin meneruskan dakwahnya,inikan pula kita manusia biasa.. Husnuzon.. Sentiasalah bersangka baik dengan apapun keadaan.. InshaaAllah... Jazakallah khair.. Assalamualaikum w.b.t


No comments:


Designed by UMIESUEstudio 2014 : Ibu Aisy Rizqullah