Tuesday 16 December 2014

Salam Ukhwah

Aku ibu kepada anak syurga teristimewa... Aku isteri kepada suami yang kekurangan upaya.. Aku suka berkawan & aku sangat menghargai pada mereka yang ikhlas berkawan dengan aku tanpa peduli tentang keadaan anak & suamiku & masa silamku.. Kepada mereka yang pernah rapat dengan aku sebelum ni tapi oleh kerana kekhilafanku kalian menjauh,bermula ketika itu baru aku tahu sejauh mana keikhlasan kalian dalam persahabatan,pada kalian yang masih sudi teruskan persahabatan ini terima kasih tak terhingga.. Aku hanya manusia biasa yang kadangkala tak terlepas dari melakukan kesilapan.. Kepada mereka yang ingin berkawan dengan aku,aku harap kalian ikhlas mejalinkan ukhwah... Segala post tentang keluargaku ianya hanya sekadar untuk dijadikan iktibar & panduan semua orang,janganlah kehidupan kami sekeluarga kalian jadikan modal untuk kalian jual produk kalian... Aku sedar setiap kekurangan yang ada pada aku & keluargaku..  Terima kasih pada kawan yang telah pergi. Terima kasih pada yang masih kekal sebagai kawan. Terima kasih pada yang sudi add sebagai kawan. Terima kasih pada yang sudi accept sebagai kawan. Terima kasih kalian. Salam Ukhwah :-)

1 comment:

Aku Elan said...

Salam adda, tabah sungguh awak dalam mengharungi ujian Allah swt. sesungguhnya, Allah memilih hambaNya yang mampu melalui segala ujian yang ditetapNya. Bertuahnya awak memiliki anak syurga, bertuahnya awak dapat berkhidmat kepada suami awak dengan baik. Terimalah semua ini, sebagai balasan yang amat besar dari Allah...InsyaAllah syurga menanti awak, selagimana awak sabar dalam menghadapi dugaan ini. Saya doakan awak dan keluarga sentiasa dalam rahmat Allah swt.


Designed by UMIESUEstudio 2014 : Ibu Aisy Rizqullah