Tuesday 16 December 2014

Tragedi 12 May 2014.. Allah masih sayang

Pd 12/5/2014,Jam 7.40pg suami keluar pergi kerja dgn motor, Jam 7.50pg terima call drpd akak ipar mengatakan suami sy jatuh motor,kebetulan pd masa itu sy ingin keluar pergi kerja juga. Masa tu hanya Tuhan yg tahu mcmna perasaan sy. Sy bgegas ke tempat dia kemalangan,sampai sana sy nampak motor dia diseberang jalan & dia bsandar ditepi jalan. Sy mengambil keputusan utk membawa dia ke hospital tanpa tunggu ambulans,sambil memandu sy menangis & mgigil,dia mengerang kesakitan dibelakang. Sampai di hospital doktor sahkan dia hanya patah kaki kanan tapi selepas sejam kaki tu makin membengkak. Jam 10.30pg Dia dibawa ke bilik CT scan,dr situ baru tahu salur darah dikakinya putus. Doktor cakap hospital sini tiada pakar utk buat penyambungan salur darah jadi perlu transfer ke HKL & hanya ada masa 6jam dr masa kemalangan,sebelum jam 1tghri mesti buat pembedahan tapi malangnya dihospital ni kami telah habiskan masa terlalu lama krn tiada ambulans utk bawa ke HKL. Kami menunggu shingga jam 1tghri,kami tiba di HKL pd jam 2ptg. Sampai disana para pakar terus memeriksa tapi akhirnya mereka hanya mberi pilihan terakhir iaitu selamatkan nyawa dgn memotong kaki kanan hingga paras lutut krn kaki telah mati,dkhuatiri bakteria akn merebak & akan membahayakan nyawa. Masa tu dr air muka suami dia seakan tak nak terima kenyataan,sy memujuk dia utk redha. Maka kami terima pilihan itu.Tp kesakitan tak berakhir disitu,jam 2.30ptg dia  ditempatkan di wad sementara tunggu giliran pembedahan. Dia mengerang,menangis kesakitan tp sy hanya mampu melihat & turut sama menangis. Sy pujuk dia supaya istighfar & bsabar,shingga dia tertidur. Jam 1pg 13/5/2014 baru dia dibawa ke ruang bedah. Sy gelisah menanti,akhirnya jam 5pg dia dibawa keluar dr Dewan bedah. Sewaktu melihat keadaan dia,sy rasa lemah & sedih sgt. Bila dia sedar selepas beberapa jam dr pembedahan,dia menangis. Kami sama2 menangis. Tapi kami redha,kami bsyukur krn msh boleh hidup bersama.#sayaakanmelengkapikekuranganawak

No comments:


Designed by UMIESUEstudio 2014 : Ibu Aisy Rizqullah