Wednesday 29 April 2015

Babywearing journey

Perjalanan dunia menggendong anak. Ianya bermula apabila saya dikurniakan anak kedua. Kerana dia kerap ulang alik ke hospital setiap bulan,kebiasaannya hanya pergi berdua sahaja. Dengan cara menggendong dia,memudahkan saya untuk bergerak dalam urusan harian. Bila dia keletihan dia akan lena dalam kendongan tu,saya tak perlu sediakan tempat untuk baringkan dia malahan dia tidur sambil mendengar degupan jantung saya. Posisi kendongan yang dekat dengan pandangan saya juga memudahkan saya untuk mencium dan mendakap dia dengan lebih kerap. Dengan menggendong anak juga memudahkan saya untuk mengawal pergerakkan dan menenangkan dia jika dia menangis atau rasa tidak selesa. Ada kalanya saya juga menggendong anak sulung saya jika kami berdua ke pasaraya bagi memudahkan saya mengawal dia dan dapat mengelak dari kehilangan dia ketika saya membeli barangan. Menggendong anak juga membuatkan suami saya yang kelainan upaya dapat mendukung anaknya. Rekaan alat kendongan yang selamat dan ergonomic juga membuatkan anak selesa ketika dikendong,jadi saya tak risau anak rasa tak selesa atau tak suka bila dikendong. Alhamdulillah selama saya menggendong anak,mereka sentiasa tenang dan selesa.
Saya menggendong anak bukan kerana ianya trend mahupun kerana ingin menunjuk2 pada orang lain tetapi kerana dengan menggendong anak,saya mudah melakukan urusan harian dan paling utama,bonding antara saya dan anak menjadi lebih erat kerana posisi menggendong itu sama seperti sedang berdakapan. Dakapan seorang ibu adalah dakapan terbaik yang mampu menenangkan kegusaran dan kesedihan seorang anak dan membuat anak sentiasa tersenyum kerana mereka rasa selamat dalam dakapan ibunya.
Selagi ada kudrat akan ibu kendong anak2 ibu selalu.


No comments:


Designed by UMIESUEstudio 2014 : Ibu Aisy Rizqullah