Wednesday 29 April 2015

Aik..ana aki ayah?

Imbas kembali..

Beberapa hari selepas ayah kemalangan & buat pembedahan potong kaki kanan, Aisy datang hospital dengan nenek & saudara mara yang lain. Masa tu ayah pakai kain jadi Aisy tak nampak keadaan kaki ayah. Dia minta ayah pangku dia,ayah ikutkan kehendak dia. Masa Aisy tengah duduk tu,tangan dia terpegang kaki kanan ayah. Dia raba2 macam mencari sesuatu,terus dia selak kain yang menutupi kaki ayah. Dia nampak sesuatu yang pelik dan dia bertanya, "Aik..ana aki ayah?".. Masa tu orang disekeliling yang melihat dan mendengar pertanyaan Aisy tu terus terdiam menahan sebak.. Tak ada jawapan untuk soalan tu,akhirnya kami hanya tersenyum supaya Aisy tak terus tertanya2 lagi tapi dia masih ingin tahu. Selepas ayahnya dah pulang kerumah,dia kerap mengajak ayah keluar berjalan dengan motor. Mula2 dia kerap mendesak mungkin kerana perkara tu masih baru terjadi dan dia masih kecik untuk faham akan situasi tu.

Alhamdulillah secara perlahan2 Aisy mula faham apa yang berlaku dan dia faham situasi ayahnya. Tapi sekarang dialah yang paling suka usik ayah. Ayah tengah berdiri,dia lalu bawah kaki ayahnya,dia usik ayahnya tengah berjalan,dia tiru cara ayah berjalan guna tongkat. Bila dia nampak ayah nak bangun,cepat2 dia tolong ambilkan tongkat untuk ayah.
Aisy sedikit trauma dengan lori,sebab dia tahu ayahnya kemalangan dengan lori. Alhamdulillah walau macamana pun Aisy tetap rapat dengan ayah. Dialah kawan baik ayah kat rumah,kawan gaduh. Semoga bila Aisy dah besar nanti Aisy jadi anak yang berbakti pada ibu ayah ye. InshaaAllah aamiin2.


No comments:


Designed by UMIESUEstudio 2014 : Ibu Aisy Rizqullah